Thursday, September 08, 2011

Raja Pop Malaysia - UMNO

Jamal Abdillah Sertai UMNO


Jamal Abdillah akhirnya secara sah mendaftar menjadi ahli UMNO dan telah menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO.
Katanya, dia menyertai UMNO kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.
Sebenarnya beliau telah lama menyokong UMNO malah arwah ayahnya juga semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.
“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai,” ujarnya.
Jamal turut melahirkan rasa kagumnya terhadap UMNO dan BN yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat malah sentiasa memertabatkan dunia artis.
“Saya menyeru para peminat dan rakan-rakan saya agar marilah kita bersama-sama menjadi ahli UMNO dan janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” ujarnya lagi. Sallam.

No comments: