Friday, September 30, 2011

Kerajaan Selangor Agih ‘Harta Perang’ !

Eset PKNS Dibahagi-bahagikan sebelum PRU 13..... Malang Sungguh Rakyat Selangor !!


Kerajaan negeri Selangor kini diibaratkan sedang membahagi-bahagikan `harta perang’ antara mereka, selain menghabiskan aset dan harta yang telah dibangunkan oleh kerajaan BN sebelum ini.
“Selepas menang PRU12 lalu, apa yang kerajaan negeri buat untuk memakmurkan Selangor. Apa pembangunan yang mereka buat selama mereka mentadbir Selangor.
“Apa jasa mereka melainkan menghabiskan harta dan aset yang telah BN tinggalkan, habis semuanya hendak digadaikan untuk memenuhkan semula kantung kerajaan negeri yang telah dibahagi-bahagikan antara mereka,”  isu tiga bangunan komersial PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS Petaling Jaya yang kini dalam proses pengambil alihan oleh ARREIT, sebuah konglomerat pelaburan.

Apakah peranan dan tanggungjawab yang dimainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
“Sekadar untuk menasihatkan agar jual aset sana, gadai aset sini, habiskan duit PKNS, lesapkan duit Yayasan Selangor, semua orang boleh buat tetapi apa kesannya kepada rakyat negeri Selangor.
“Contohnya, kita difahamkan bahawa  kadar sewa di Kompleks PKNS Shah Alam akan dinaikkan sehingga 100 peratus. Peniaga dan penjaja yang menyewa tentunya akan meraung kerana kezaliman pentadbiran Kerajaan DAP-PKR-Pas Selangor ini. Hampir 80 peratus peniaga dan penjaja di Kompleks PKNS Shah Alam ialah orang Melayu,” ujarnya lagi.
Kerajaan negeri Selangor terutama PKNS tegasnya kini bukan lagi tempat untuk orang Melayu mengadu nasib untuk berjaya dalam kehidupan yang serba mencabar sekarang khususnya dalam dunia peniagaan.

AWAS MELAYU SELANGOR !  BANGKIT. .. KITA HANCURKAN PARTI SERPIHAN INI.

Wednesday, September 28, 2011

HUDUD UNTUK SIAPA ?

Perbezaan Antara Hudud Pas Dengan Hudud Sebenar…


Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
  1. Hudud
  2. Qisas
  3. Ta’zir
Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir.
1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
4. Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya.
Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?
Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.
Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?
Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.
Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlmsurat DrMahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)”.
Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.
Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.
Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah Pas di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan Pas di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang Pas akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang Pas tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang Pas jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh Pas bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan Pas yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.
Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
6. Jika undang-undang Pas yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan.
Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud Pas berbeza. Pas mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud Pas adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu.
Jelaslah Pas memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud Pas.
mykmu.net

Tuesday, September 27, 2011

PAS PERKUDAKAN ISLAM DAN HUDUD .... demi KUASA.

"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu perkatakan perkara yang kamu tidak buat. Besar sekali kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak buat” (As Saf 2-3)
Saya memang penyokong matlamat perjuangan PAS dan juga harakah harakah Islam yang lain.Ya itu untuk mendaulatkan Islam kembali di muka bumi Allah.Tetapi apa yang saya lihat PAS dalam perjuangan nya terlalu banyak menyimpang dari kehendak Islam itu sendiri.1.Imej Pas adalah sebuah parti yang konon nya berpendirian keras selama ini dengan imej keIslamannya. Apabila ia bermuafakat dengan PKR dan DAP sejak PRU 12 2008 atas nama Pakatan Rakyat, kita lihat bahawa Pas telah mengorbankan prinsip perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam. Bagaimana mungkin Pas mahu menegakkan kerajaan Islam sedangkan DAP bermatian-matian menentangnya.

2.Lucu tetapi mengecewakan kerana DAP yang sebelum ini musuh ketat PAS, dan menganggap DAP kafir harbi macam syaitan tiba tiba boleh tidur sebantal dan PAS pula sanggup menjadi pak turut kepada kerajaan DAP dan mengenepikan perjuangan Islam.Ada kah PAS gila kuasa, tidak apa jadi pak turut asalkan dapat memerintah, pada hal pemerintahan nya tidak mempunyai kuasa kerana kuasa sebenarnya adalah di tangan DAP?

3.Maka dengan itu PAS sudah tidak melaung laungkan tentang perlaksanaan Hudud lagi, PAS sudah tidak berbicara tentang penubuhan Negara Islam lagi.Walaupun di Masjid Masjid Ustaz Ustaz PAS masih bersyarah berapi api.Namun di luar dan di Parlimen PAS kini sepi (tidak cakap pasal Islam lagi.Kalau cakap agaknya kena jeling dengan Karpal The King).

4. Tiba tiba PAS hilang telur? Dengan orang Islam lantang melaung takbir tetapi depan DAP kecut perut.

Foto simbolik PAS di telan (di kuasai) naga DAP.

5.Hingga kan orang kuat PAS sendiri ketika berbahas di dewan negeri Perak menafikan dan “tidak mengaku bahawa PAS hendak melaksanakan Negara Islam hinggakan menimbulkan kegerunan dikalangan umat Islam yang berada di situ pada ketika perbahasan tersebut….Gerun kerana orang kuat PAS ini telah mencabar dasar-dasar yang diperjuangkan oleh partinya sendiri.
6.Apabila Hadi Awang menulis buku mengenai Islam dan demokrasi, terbitan PTS Islamika, tahun 2007, Hadi Awang secara jelas menentang gerakan demokrasi ala barat, beliau dalam buku tersebut menyatakan:
“Demokrasi barat tidak terikat dengan agama dan akhlak menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu.”
7.Namun yang jelas PAS terlibat jauh dalam amalan demokrasi barat yang songsang.Agaknya oleh kerana sudah terlalu taksubnya dengan amalan demokrasi, mereka terlalu kerap melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan Islam (tetapi dalam politik berdemokrasi ianya halal) saperti memaki hamun, memfitnah, membohong,mengumpat, mengeji, demi “survival” politik mereka. Malah dalam pentadbiran parti dan pemilihan pemimpin dalam Multamar parti PAS sendiri tidak menggunakan sistem Islam.Saperti dalam perlantikan pemimpin mereka tidak pun guna sistem syura.
8.PAS membisu apabila di Selangor seorang rakan exconya yang beragama kristian didapati telah bersekedudukan dengan ahli PR yang beragama Islam hingga akhirnya tersebar gambar separuh bogel.Exco ini mendapat sokongan moral pula dari Muslimah PAS.
9. PAS, parti orang Islam, sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk menumbangkan parti orang Islam yang terbesar ia itu UMNO.PAS kata mereka sanggup berkawan dengan syaitan sekali pun untuk mencapai cita cita nya. Begitulah PAS yang sanggup meletakkan maruah sesama manusia lebih hina dan terkutuk dari syaitan. Siapakah PAS yang berhak meletakkan maruah seorang manusia sedemikian rupa sedangkan Nabi tidak pernah menghina manusia ciptaan Allah dengan kejian yang sedemikian buruk.
10.Sebelum pilihanraya ke-12, Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.
10.Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. “Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,”.
Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: “Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina? Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal.Bagaimana dengan hadis ini,
السمع والطاعة على المرء المسلم فيما أحب وكره، ما لم يؤمر بمعصية، فإذا أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة“Wajib ke atas seorang muslim untuk dengar dan taat (kepada pemerintah) dalam perkara yang ia suka atau ia benci selama ia tidak disuruh melakukan maksiat. Namun bila dia disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi ia dengar dan taat”. (HR Abu Daud dari Abdullah bin Umar –radhiyallahu ‘anhu-).
11.Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC.
12.PAS menjanjikan seseorang yang masuk Pas itu akan masuk syurga.Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk Pas. Adakah dengan mengundi Pas akan dapat tiket masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali Tuhan Yang Maha Esa.


13.Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.
14 PAS memporak perandakan suasana dakwah Islamiah di Malaysia kerana lebih banyak memeningkan Umat dengan Fatwa Fatwa Politik mereka yang songsang.Mereka tidak menghormati Ulama Ulama di luar PAS, mereka sering merasakan mereka lebih ‘alim dalam segala hal.
15.PAS tak perjuangkan Islam tetapi pergunakan Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja.
16. Jelas, Pas serampang dua mata. Di depan bukan Islam, Pas menonjolkan diri mereka sebagai parti yang liberal tetapi di kawasan pengundi Melayu, mereka menggunakan sentimen Islam untuk mengugut pengundi Melayu.
17.Keghairahan Pas untuk menubuhkan negara Islam kini tinggal kenangan.Di manakah jihad dan laungan Allahuakbar yang selama ini menjana kekuatan mereka? Pas kian lesu dan melembutkan perjuangan mereka dengan perkataan ‘negara kebajikan’.
Hilanglah ‘hudud’ dan hilanglah ‘Perjanjian Madinah’ yang diwar-warkan.



http://www.youtube.com/get_player

FatwaPAS macam mengkarung……… berubah ubah mengikut rentak politik mereka.

Prinsip Islam bagi Pas sudah diubah begitu jauh sehingga menjadikan mereka begitu taksub. Apa yang mereka lakukan semuanya dianggap betul dan baik biarpun terpaksa menjadi kuda yang ditunggang oleh orang bukan Islam.

Monday, September 26, 2011

Ulamak Tua VS Peguam Oku !

Hanya omong kosong, retorik politik

PAS.... cuba memperbodohkan orang Kelantan ... Nik Aziz menipu lagi !!!

DAP 
Kapal Auta Singh cakap; "Kalau dia (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat) hendak laksanakan hudud, langkahlah mayat Karpal Singh terlebih dahulu."
PAS
'Resolusi Muktamar Pas' lepas yang menggugurkan perkataan perjuangan Islam, membentuk negara Islam di Malaysia dan diganti dengan negara berkebajikan,".

Pelaksanaan hukum hudud di negara ini adalah mustahil selagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) tidak dipinda.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, sebarang percakapan berhubung perkara tersebut adalah omong kosong dan retorik politik semata-mata.
"Akta ini membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan sebarang undang-undang berkaitan jenayah syariah dengan hanya boleh mengenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman tersebut sahaja.
"Ia adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa di seluruh Persekutuan atau seluruh negara, termasuk di negeri-negeri.
"Jadi, sebarang pindaan kepada akta tersebut juga perlu dibuat di Parlimen dan mendapat persetujuan majoriti ahli Parlimen,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tetap mahu menubuhkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum hudud dan tidak peduli sekiranya DAP meninggalkan gabungan pembangkang.
Realitinya tegas Musa, hudud adalah mustahil dilaksanakan, kecuali akta tersebut dipinda dengan memasukkan peruntukan membenarkan kerajaan negeri melaksanakan hukuman hudud.
Ini kerana ujarnya, sebarang undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan negeri akan terbatal sekiranya ia berlawanan (ultra-vires) dengan peruntukan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.
"PGSM menyokong sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang syariah di negara ini termasuk hukuman hudud dan qisas kerana ia adalah hukum Allah, namun ia perlulah dilihat dalam konteks semasa dan berdasarkan realiti," jelasnya.
Beliau berkata, Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa sebarang undang-undang negeri yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlawanan dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang negeri itu adalah terbatal setakat mana ia berlawanan dengan undang-undang persekutuan itu.

Thursday, September 22, 2011

Air Mata Membasahi Pipi !

Laungan Azan Pada Hari Merdeka – TS Hasan Azhari

“Saya masih tidak dapat melupakan detik bersejarah itu hingga ke hari ini dan ketika saya mengalunkan azan pada tarikh keramat sejurus laungan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengalir air mata saya membasahi pipi.
Mengalirnya air mata itu bukannya kerana sedih tetapi gembira kerana negara pada saat dan ketika itu telah merdeka dan rakyatnya memerintah serta menguruskan negara sendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat,” kata individu yang mengalunkan laungan azan pada hari pengisytiharan kemerdekaan, Tan Sri Hasan Azhari.
“Bayangkan betapa gementarnya pada saat itu dan saya pada malam berkenaan “berlatih” dengan pelbagai taranum bagi memastikan kelancaran pada hari bersejarah itu, pada awal pagi lagi, saya telah dibawa ke Stadium Merdeka dan melihat orang ramai telah membanjiri Stadium berkenaan.
“Dan setelah menerima isyarat sejurus laungan merdeka dan lagu Negaraku, saya terus melaungkan azan dan pada waktu air mata mengalir membasahi pipi dan bersyukur kepada Allah,” katanya yang kini menjangkau umur 83 tahun.
Beliau yang kini masih lagi aktif dalam mengajar ilmu Al-Quran adalah antara hakim paling veteran di Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 seterusnya menambah laungan azan dan diiringi bacaan doa oleh Mufti Negeri Sembilan pada hari pengisytiharan kemerdekaan negara menunjukkan ianya tidak lari daripada Islam.
Malah tegas beliau ianya memperlihatkan bagaimana sejarah kemerdekaan negara turut diiringi dengan asas Islam dan ianya masih berterusan hingga ke hari ini.
“Bukankah kita dapat lihat yang mana sebelum acara rasmi baik di dalam kerajaan atau pun mana-mana tempat, sebelum apa jua acara majlis dimulakan, ianya didahului dengan bacaan doa. Ianya adalah untuk memohon kesejahteraan daripada Allah.
“Jadi apa yang saya nak kongsi di sini, Islam sudah diketengahkan pada hari bersejarah dan saya sendiri antara yang terlibat apabila melaungkan azan,” katanya.
Beliau seterusnya berkata kemerdekaan negara perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun kerana ianya telah menjadikan Malaysia hari sebagai sebuah negara yang berdaulat dan makmur.
“Tiap kali berlalunya 31 Ogos, saya masih terkenangkan peristiwa lalu dan saat bersejarah itu. Kepada rakyat Malaysia pertahankan kemerdekaan negara dan jangan sesekali meruntuhkannya,” katanya.

Tuesday, September 20, 2011

GEJALA REMAJA EMO !

Gejala Emo mula menular ...... Banteras sebelum parah.












Antara gambar yang dimuatkan pengikut fanatik kumpulan Emo di Facebook yang memaparkan perlakuan sumbang ahlinya seperti bercium antara lelaki dan wanita.

Pengaruh asing mudah melewat Melayu ;
Atheis, Sosialis, Happies, Urko, Rockers, Gothic, Black metal, Nazi, Punk, Dadah DLL ...Kerana Melayu itu sendiri tidak tahu menghargai dan bershukur diatas kelahiranya sebagai seorang Islam.

Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.
Biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.
Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.
Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.
Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk Welcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).
Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi.
Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.
Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.

 Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat.

PAS MAHU HUDUD ?


KENAPA HUDUD BERGEMA SETIAP KALI PILIHANRAYA TIBA.

Pas tidak mampu hasilkan draf hukum hudud pun.....


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap 'Tok Guru' sebenarnya tidak mempunyai ilmu untuk menghasilkan draf hukum hudud yang ingin dilaksanakan parti itu di Kelantan.
Menteri Besar Kelantan itu bukan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah dan hadis.
"Sebenarnya, Nik Abdul Aziz hanya pakar dalam bahasa Arab" dan kerana faktor itu Draf Perundangan Hukum Hudud Kerajaan Pas Kelantan 1990 tidak dirangka sendiri oleh ulama-ulama Pas sebaliknya terpaksa meminta 'bantuan ulama dari Asia Barat' yang mana kredibiliti mereka kurang diyakini.
Nik Abdul Aziz mengatakan beliau seorang Tok Guru, jadi kenapa beliau tidak merangka sendiri draf perundangan tersebut dan terpaksa meminta bantuan luar.
PAS sama dengan menate ni !
Setelah Pas ketandusan modal untuk menghentam UMNO, maka nasi basi yang dikutip itu dipanaskan semula untuk dihidangkan kepada rakyat Kelantan dan penyokong Pas lain semata-mata untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pelaksanaan undang-undang hudud itu juga harus dikuatkuasakan di semua negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan tidak terhad di Kelantan sahaja.

RAKYAT KELANTAN JANGAN LAGI TERTIPU DENGAN TIPU DAYA SEBEGINI .... SUDAHLAH TU, ISLAM SEBENAR-BENARNYA PADA AMALAN DAN TINGKAH LAKU KITA BUKAN PADA PERCAKAPAN DAN PAKAIAN KITA.
Justeru, adalah lebih baik Pas menumpukan usaha mendidik pengikutnya supaya mendalami ajaran Islam yang sebenarnya .

Monday, September 19, 2011

DOA UNTUK PALESTIN ! SEBUAH KEMERDEKAAN

Hamas mahu PBB iktiraf wilayah Palestin ............












PARA aktivis Palestin, Israel dan wanita asing berhimpun di Ramallah, Tebing Barat kelmarin untuk memberi sokongan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin.
"YA ALLAH AMPUNKANLAH MEREKA (PALESTIN dan RAKYATNYA), SEMOGA MEREKA HIDUP DALAM KEREDHAANMU DAN PUNYA NEGARA SENDIRI, AMIN".
BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas yang mentadbir Tebing Barat semalam menyatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya mengiktiraf sebuah negara Palestin termasuk tanah yang kini menjadi negara Israel.
Desakan itu dibuat selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berlepas ke New York untuk mengemukakan permohonan kepada PBB supaya Palestin menjadi sebuah negara berdasarkan sempadan dengan Israel sebelum Perang Enam Hari berlaku pada 1967.
Pemimpin Hamas, Khalil al-Hayya berkata, pihaknya meminta pengiktirafan semua wilayah Palestin sebagai sebuah negara.
Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyeh yang mentadbir Tebing Barat.
Khalil juga mendesak masyarakat antarabangsa supaya melakukan desakan bagi memastikan pelaksanaan resolusi antarabangsa dipatuhi.
Israel dan Amerika Syarikat menentang usaha untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. - AFP

Thursday, September 15, 2011

NIK AZIZ TEROPONG BULAN DAN SYURGA !

Apakah Pak Nik Lebih Tinggi Darjatnya....... Tahu Siapa Masuk Syurga dan Neraka?



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang mengetahui apa sahaja termasuk membabitkan perkara dosa dan pahala serta balasan bakal diterima ketika di akhirat nanti.
Ini menunjukkan Nik Aziz cuba memberitahu orang ramai bahawa beliau mempunyai kedudukan tinggi dan mungkin melebihi kedudukan Nabi berikutan kemampuannya mengetahui balasan bakal diterima oleh setiap manusia selepas mati.
Sedangkan kalangan ahli agama dan bijak pandai menyatakan bahawa Nabi sendiri tidak dapat menentukan apakah balasan bakal diterima oleh umatnya di akhirat, kecuali memgingatkan umatnya supaya mereka  beramal dan mengikut segala perintah Allah supaya mendapat balasan di syurga.
Manakala bagi mereka yang ingkar serta melanggar perintah Allah, ia akan di tempatkan di dalam neraka, berbanding dengan Nik Aziz yang menyatakan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh UMNO adalah sia- sia kerana tidak mendapat balasan baik kerana apa yang dilakukan itu melanggar syariat Islam.
"Apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO semuanya tidak mengikut syariat, semua perkara membabitkan UMNO, semuanya berdosa, tetapi jika Pas buat perkara yang sama boleh pula, ikut syariat dan tidak berdosa".
Nik Aziz yang menuduh perjuangan atau Gerak Kerja UMNO  tidak selari dengan syariat Islam dan  usaha menawan semula Kelantan daripada Pas adalah suatu sia-sia kerana tidak mendapat balasan  baik di akhirat.
Begitu juga dengan fatwanya dahulu, bahawa kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC adalah suatu perbuatan yang berdosa kerana berbuat baik dan bekerjasama dengan orang kafir.
Tetapi apabila Pas melakukan perkara serupa dan bekerjasama dengan DAP menubuhkan pakatan pembangkang, ia tidak pula menjadi suatu kesalahan malah Nik Aziz mengatakan perkara itu dituntut oleh Islam.

Friday, September 09, 2011

Siapa Muhammad (Ahmad) bin Indera(1920 - 30 Januari 1953) ?

MAT SABU..................GENERAL KOMUNIS MODEN MALAYSIA ?


Muhammad (Ahmad) bin Indera(1920 - 30 Januari 1953) atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan komunis untuk memerdekakan Malaya dari jajahan British. Dia menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak Polis dalam peristiwa Bukit Kepong.
Ahmad bin Indera dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak [perlu rujukan]. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

 Dunia Pendidikan
Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Beliau pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Beliau kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama. Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar, Johor.

Politik
Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah bertindak menyertai pergerakan gerila komunis di dalam hutan, kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Dia mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Peristiwa Bukit Kepong
Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan. Akibatnya, Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Pejuang gerila yg menentang penjajahan british dan ingin memerdekakan Tanah Melayu.
Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong . Tragedi Bukit Kepong dijadikan Inggeris sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman. Inggeris menetapkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan kononnya mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.
Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.
Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu dibicarakan oleh British atas kesilapannya.

Kematian
Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Fakta
Mat Indera adalah penentang kemerdekaan dan berhasrat menyebarkan fahaman komunis di Malaya dengan cara pecah dan perintah menurut fahaman Komunisme.  Mat Indera mengambil peluang menyerang Balai Polis Bukit Kepong satelah memerintah Malaya selama 2 minggu pada tahun 1948. Pada masa ini cadangan Pengambilalihan KUASA dan Kemerdekaan Tanah Melayu telah pun ujud terutamanya oleh PERIKATAN ( UMNO, MCA dan MIC ).

Wiki letter w.svg Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Thursday, September 08, 2011

Raja Pop Malaysia - UMNO

Jamal Abdillah Sertai UMNO


Jamal Abdillah akhirnya secara sah mendaftar menjadi ahli UMNO dan telah menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO.
Katanya, dia menyertai UMNO kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.
Sebenarnya beliau telah lama menyokong UMNO malah arwah ayahnya juga semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.
“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai,” ujarnya.
Jamal turut melahirkan rasa kagumnya terhadap UMNO dan BN yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat malah sentiasa memertabatkan dunia artis.
“Saya menyeru para peminat dan rakan-rakan saya agar marilah kita bersama-sama menjadi ahli UMNO dan janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” ujarnya lagi. Sallam.

MB GAGAP.... GAGAL !

Dungunya MB Selangor ............................ !!!!


Malang sungguh rakyat Selangor sebab dapat Menteri Besar yang paling tak cerdik. Khalid yang sibuk nak pergi Germany nak tarik pelaburan masuk ke negeri Selangor? Adakah Khalid ni perasan yang dia tu lebih layak dari Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI)?
Kalau ikut hieraki, Anwar lagi layak sebab Al Juburi tu dah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor. Jadi apa hal pulak Khalid tak bawak Anwar sekali ke Jerman?.
Cuba kita fikir.., Khalid pergi ke Jerman untuk bincangkan hal pelaburan tapi dia bawa Xavier Jayakumar  ( Exco Kesihatan , Kebajikan Pekerja Ladang , Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin)? Kenapa Khalid tak bawa Teressa Kok (Exco Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor)? Nampak sangat yang Nyonya Kok tu tak layak dan tak boleh harap. Sia-sia bayar gaji Nyonya tak tahu kerja.
Khalid ni pun satu.., takkan selepas tiga tahun lebih perintah negeri, baru nak sedar tentang usaha untuk promosikan pelaburan masuk ke Selangor?
Selama ni Khalid dan kawan-kawan dia buat apa di Pejabat Menteri Besar? Rompak duit rakyat dengan makan gaji buta ke Khalid oii..?
Rakyat Selangor harus sadar bukan saja mereka tak cerdik mentadbir, tapi mereka juga bodoh dalam menangani isu sosial.  Rakyat Selangor sekarang ni harus sedar bahawa Menteri Besar mereka sebenarnya sedang menghancurkan negeri.
Rakyat Selangor seharusnya berdoa dan bermunajat kepada Tuhan agar terselamat dari mala petaka yang bakal hadir disebabkan kedungguan Pemimpin-pemimpin Pakatan.

Wednesday, September 07, 2011

POLIS BUKIT KEPONG AKAN TEMBAK MAT SABUN !!!

POLIS BUKIT KEPONG MENJELMA .....KEMBALI.

Mat Sabu yang cuba menidakkan peranan polis ketika mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.
Mat Sabu sanggup menafikan sejarah pengorbanan polis yang menggadai nyawa dalam tragedi itu semata-mata untuk mencari populariti murahan.
”Dia sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama untuk menarik sokongan bukan Melayu terutamanya orang Cina.
Mat Sabu bukan sahaja buta sejarah tetapi buta hati kerana tidak mahu mengakui peranan dimainkan oleh tokoh UMNO dan parti-parti komponen BN dalam Perikatan ketika itu yang berjaya membebaskan negara ini daripada penjajah.
Ahli UMNO dan parti komponen telah berjuang bermati-matian menentang Malayan Union sedangkan komunis bermaharajalela melakukan keganasan dan kekejaman terhadap rakyat.
Kebijaksanaan pemimpin seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan dan beberapa tokoh lain harus dipuji dan diiktiraf oleh semua bangsa yang menjadi rakyat Malaysia kerana berjaya mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Kalau komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong itu hero, kenapa mereka bertindak kejam mencampak hidup-hidup seorang anggota polis ke dalam api serta turut membakar mayat anggota polis dan isteri mereka serta penduduk kampung yang terkorban ke dalam api. Terlalu banyak kekejaman yang terpaksa rakyat lalui ketika itu.
Jika Mat Indera tokoh agama, dia tidak akan membiarkan rakan-rakan anggota komunisnya itu bertindak kejam.
MAT SABUN MAHU UBAH SEJARAH !!!!!

Sunday, September 04, 2011

MAT SABUN BERAKHLAK SIALAN !


Mat Sabu Buta Sejarah ....... Angkuh !!!

Rasa marah, terkilan dan malu dengan perangai pemimpin tertinggi Pas, Mat Sabu yang menyandang jawatan Timbalan Presiden Pas.
Angkuhnya insan ini sehinggakan enggan mengakui sejarah yang tercatat, sejarah perjuangan bangsanya dan sejarah kemerdekaan negaranya.
Betapa Mat Sabu yang kononnya bernaung dibawah politik berteraskan Islam gagal menjadi contoh dan tauladan bukan hanya kepada ahli-ahli Pas tetapi kepada masyarakat umum.
Dangkalnya Mat Sabu yang memperkecilkan perjuangan tokoh terdahulu yang membawa kedaulatan negara secara diplomasi, tanpa pertumpahan darah semata-mata kepentingan politiknya sendiri.
Siapa Mat Sabu yang mahu bercerita apatah lagi mempertikaikan kemerdekaan sedangkan jika diselidiki latar belakangnya, lebih memalukan untuk dia sendiri menjadi pemimpin tertinggi Pas.
 APAKAH PERJUANGAN KOMUNIS(TIDAK BERTUHAN), MEMBUNUH BERIBU-RIBU TENTERA MELAYU(ISLAM) ... DIKATAKAN PEJUANG KEMERDEKAAN ??  SIALAN  LU !!!!!!