Perjuangan Mesti Diteruskan ............................... !!!
Hidup Melayu Hidup UMNO
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Kata Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu: إنما الجماعة ما وافق طاعة الله وإن كنت وحدك “Sesungguhnya al-Jama’ah itu adalah dengan mentaati Allah walaupun engkau berseorangan.” (Syarah Ushul I’tiqad, 1/163)
Tuesday, November 29, 2011
Majlis Taklimat UMNO !
Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra ......
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama barisan kepimpinan parti menyanyikan lagu UMNO ketika pembukaan majlis taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. Seramai 5,447 anggota perwakilan berhimpun pada persidangan selama lima hari hingga Sabtu ini.

Terima Kasih Allah !
Ramai Ulama Akan Sertai UMNO ......
PUTRAJAYA 23 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyertaan ulama dalam UMNO bukan suatu yang baru kerana parti itu sentiasa mempunyai ramai golongan agama sejak dahulu lagi.
Justeru bekas Perdana Menteri berkata, desas-desus tentang kemungkinan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin bersama puluhan lagi ulama muda menyertai UMNO dalam masa terdekat bukan satu usaha terbaru parti itu untuk menyaingi parti lain termasuk Pas.
Malah, kata beliau, para pengasas Pas sendiri merupakan tokoh ulama yang asalnya berada dalam UMNO tetapi kemudian keluar parti setelah kalah dalam pemilihan.
‘‘Saya tidak fikir begitu (usaha UMNO tarik penyertaan ulama) kerana UMNO sentiasa mempunyai ulama meskipun mereka tidak mempamerkan diri sebagai ulama.
‘‘Mereka itu (ulama UMNO) mempunyai ilmu mendalam dan mengamalkan ajaran agama serta memberikan pandangan agama tanpa mengira apa yang dilakukan oleh UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Projek Pendidikan Kebangsaan 2010 di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini hari ini.
Pertandingan anjuran YKP dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Oracle dan Kementerian Pelajaran itu menampilkan kajian, wawancara dan kaji selidik secara dalam talian melibatkan penyertaan para pelajar sekolah dari seluruh negara dengan tema ‘Pelajari daripada Sejarah dan Kepimpinan Negara’.
Hadir sama Pengarah Eksekutif YKP, Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob.
Bekas Presiden UMNO itu diminta mengulas laporan media sejak Ahad lalu mengenai kemungkinan Asri bersama 100 lagi ulama termasuk golongan akademik menyertai UMNO Jumaat ini. – Utusan/MediaUMNO
Ulama Muda UMNO Bebas Bersuara !
Pandangan Mereka Diterima Parti .............
KUALA LUMPUR, 28 Nov – Kumpulan ulama di dalam UMNO bebas bersuara dan pandangan mereka didengari masyarakat umum serta pemimpin parti.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahaya berkata isu dipinggirkan tidak timbul, sekalipun tiada jawatan dalam parti.
“Adakah nak mengangkat Islam kita perlukan jawatan? Ini masalah orang agama yang nampak jawatan dan kuasa baru dikira tidak dipinggirkan. Kami dibenarkan bercakap, subhanallah,” katanya di sini.
Katanya stesen televisyen dan radio tempatan turut meminta pendapat dan pandangan Ulama Muda UMNO.
“Saya boleh katakan dalam usia sangat muda ini, alhamdulillah kami memberi impak. Mudah-mudahan kita dapat menyampaikan dakwah ini secara berterusan,” katanya.
Kata beliau seperti namanya, sekretariat itu membantu kerajaan dan UMNO menggunakan ilmu.
“Kita tidak boleh hanya atas dasar nama parti, berjuang atas emosi dan dengan jeritan. Dengan ilmu (yang disampaikan) orang (masyarakat) akan faham.
“Kita bercakap dengan fakta. Kita ada jawapan yang tuntas. Maaf cakap, ada pihak tertentu yang menggunakan agama untuk kepentingan politik,” katanya.
Beliau berkata ulama muda di dalam UMNO tidak pernah disekat, malah diminta mengutarakan pendapat secara terbuka semampu mungkin dalam pelbagai hal termasuk hudud, penggunaan kalimah Allah, murtad, seks songsang dan sebagainya.
Fathul Bari berkata kehadiran 40 ulama muda di dalam UMNO juga diterima secara amat positif oleh anggota parti.
“Alhamdullillah, kami dijemput ke merata-rata tempat untuk memberikan pandangan kami…di Perlis, Perak, Terengganu dan banyak lagi tempat termasuk Kuala Lumpur.
“Soalnya sekarang kami memerlukan akses dari negeri dan kerajaan untuk sama-sama memberi ruang kepada kami. Hatta baru-baru ini pun kami ada dijemput dalam wacana ilmu bersama Pas,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, terdapat antara 10 hingga 15 anggota sekretariat yang aktif di Kuala Lumpur, manakala yang lain berada di negeri-negeri.
Kumpulan 40 ulama muda termasuk Fathul Bari itu menyertai UMNO dalam satu majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun tahun lepas.
Monday, November 28, 2011
PARTI UMNO BERTARAF GLOBAL !
Politik Moden Perlukan Interaksi ........... Antara Kerajaan !
KUALA LUMPUR, 28 Nov – Dunia politik moden memerlukan interaksi melangkaui hubungan rasmi barisan pemimpin kerajaan yang melibatkan tokoh-tokoh masyarakat, pemimpin politik dan media, kata Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
“Oleh sebab itu, kita perlu belajar dan berkongsi antara sama lain. Inilah sebab utama mengapa forum ini bertajuk “The Politics of Economic and Social Transformation in The Era of Global Crisis” (Transformasi Politik Ekonomi dan Sosial dalam Era Krisis Global).
“Forum ini pastinya akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk kita berinteraksi melangkaui daripada kebiasaan hubungan dua hala dan pelbagai hala kerajaan dengan kerajaan,” katanya dalam ucapan alu-aluannya pada forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama forum itu.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata forum dua hari itu berfungsi sebagai landasan bagi para peserta untuk belajar daripada pengalaman satu sama lain dalam mengurus cabaran-cabaran di negara masing-masing.
Diharap para peserta bukan sahaja dapat mengenali satu sama lain tetapi turut membina dan menjalin hubungan lebih erat dengan pemimpin-pemimpin “di belakang tabir”, katanya.
Ahmad Shabery, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata UMNO percaya bahawa suatu pemerintahan yang baik bukanlah mengenai penguasaan tetapi bertanggungjawab untuk melaksanakan kemajuan, keamanan dan kebaikan bagi kepentingan rakyat.
Beliau berkata bagi memastikan UMNO kekal relevan, parti ini mestilah berupaya untuk mentransformasi dan menyuburkan pertubuhan itu.
“Kita mesta sentiasa mentransfromasi dan meremajakan diri untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang sentiasa berlaku dalam dunia politik domestik, antarabangsa, sosial dan ekonomi,” katanya.
Forum itu disertai 1,000 peserta antara lain meliputi wakil-wakil 29 parti dari 24 negara.
Sunday, November 27, 2011
UNTUK MU MELAYU !
Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-
“Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.
Lim Kit Siang Dalang Peristiwa Berdarah!
Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.
Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.
Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.
Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”.
Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”
Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!”
Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”
Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”
Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.
Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya ‘walk the talk’ menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’ Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.
Sekarang ini terpulang kepada kita…! Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?
Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu….! Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita..? Terpulang kepada kita..
MASIH TAK SEDAR DIRI !
Anwar PM Ketujuh : Satu Harapan Palsu ............
Laungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menobatkan Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh tidak lebih sekadar satu lontaran harapan palsu kepada ahli dan penyokong parti mereka bagi menggambarkan parti itu kononnya masih lagi mempunyai kekuatan.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Sheikh Fadzir dengan kemelut dalaman tanpa kesudahan PKR di samping pentadbiran caca merba keyakinan rakyat termasuk di kalangan ahli mereka sendiri kini berada pada tahap yang cukup rendah.
Justeru jelas beliau harapan palsu tersebut terpaksa dilontarkan sebagai usaha terakhir untuk memulihkan semangat dan keyakinan ahli dan penyokongnya terhadap kemampuan PKR.
”Mereka (PKR) kini berada pada tebing curam… apa lagi yang ada pada mereka selain sandiwara dan menjaja harapan palsu.
”Kita yakin pada pilihanraya umum akan datang mereka akan ketinggalan berbanding rakan pakatannya lain. Dan dalam hal ini kita juga percaya Pas dan DAP tidak akan memberi laluan mudah pada PKR”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laungan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam kongres parti itu di Johor hari ini yang mahu menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Berbanding pakatan pembangkang tegas beliau keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada pada tahap yang tinggi menerusi pelbagai program tranformasi, sentuhan rakyat dan keterbukaan yang ditunjukkan Datuk Seri Najib.
”Kita belajar dari setiap kesilapan dan pada masa yang sama rakyat menilai kemampuan BN dan pakatan pembangkang yang telah diberi peluang untuk mentadbir beberapa buah negeri.
”BN tidak pernah takbur tapi menyerahkan segala kuasa kepada rakyat untuk menentukan. Kita tidak bersandar kepada retorik kosong atau harapan palsu tapi kita serahkan kepada rakyat nilaikan kerja dan kepimpinan kita. Saya percaya rakyat sudah dapat menilai untuk membuat pilihan pada pilihanraya umum akan datang”, ujarnya.
Justeru beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru yakin politik populis dan wayang sandiwara PKR termasuk rakan pakatannya yang lain sudah berakhir kerana rakyat tidak akan sekali lagi diperdaya. -MediaUMNO
Friday, November 25, 2011
NATE TAK MAHU AMAN !
PAS akan cabar Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman?
KALAU OTAK DAH KUNING !
PAS akan menghantar permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah menghalang Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 diluluskan di Parlimen minggu depan.Permohonan itu akan difailkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan dua Ahli Parlimen daripada parti itu termasuk Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli kerana rang undang-undang itu didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu dinyatakan peguam PAS, Mohamed Hanipah Maidin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, sebentar tadi.
SIFAT PEMIMPIN KEJI !
Anwar terus burukkan Malaysia ...........
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus Memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas,Hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan,tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia. seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.
‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.
‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.
Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia.
Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya.
Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis.
Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang. Penipu ni mahu tipu Orang Indo Pula Ya!
Wednesday, November 23, 2011
SYABASSS !! PEJUANG NEGARA
Kerana mempertahankan Maruah Negara yang dicalar ......
Wira bola dapat RM30,000 seorang (R 85,022,091.81)
BAS yang membawa pemain bola sepak Skuad Harimau muda diserbu peminat sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Tambang murah (LCCT) selepas tiba dari Jakarta, semalam.
Setiap pemain dan pegawai pasukan bola sepak skuad Sukan SeA ke-26 yang memenangi pingat emas selepas menewaskan Indonesia kelmarin, menerima ganjaran wang tunai RM30,000, sumbangan peribadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.Terima kasih Tuanku.
HARIMAU MENGAUUUMM !!
Harimau Muda AMKrew HotFM pg ni...
2 org hero kita mlm td.... TAPI.....aku kesian kat mamat bwh nie...
dia la bw Malaysia ke final...tp dlm FB seme duk kutuk dia...huhu!!
Gua dh penat, gua bole simpan gua punye sengat..
oh lupe gua xde sengat..kakaka!!
Malaysia Boleh!!!
Pertama kali Pemberita Buletin Utama pakai jersi Malaysia mlm td...
xtau la kalu Malaysia msk World Cup..
maunye sebulan duk pakai jersi Malaysia..huhu!!
GHIMAU paling den gomar....
MEOW...MEOW!!! grrrrrrrrrrr....goram den...
Wish from Liverpool FC tu poittttttttttttt....
Ini penyudah eh...naik BARACUDA pemain Malaysia...
kali ke-2 pemain Malaysia naik BARACUDA ni kat indon..
.kali pertama masa Piala AFF Suzuki tahun lps...
InDOG SAKAI!!!
GARUDA DIBAHAM DEK GHIMAU!!!
Alahai syahdu eh...Dont cry for me INDONESIAAAAAAA.....
Kakakakakaka!!! Apo pun x blehhhhhhh!!!
MOHON MALAYSIA HANTAR GIGI PALSU KAT INDONESIA...kakkaka!!!
Kakakakaka!!!
Satu-satunye pemain indon yg ade semangat kesukanan..
tp dlm pdg ko la byk sgt berlakon...
“GARUDA” DI TOGEL..kakakaka!!
Tuesday, November 22, 2011
Al-Juburi Masih Bermimpi ! PM
Putar Alam ................ Ketua Umum PKR .........
Anwar: Hudud tak ada tempat dalam dasar Pakatan
Ng Ling Fong
12:28PM Nov 9, 2011
Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.
Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada
kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.
Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.
Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.
"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya.
Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.
Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual hari ini (Rabu).
Anwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina
berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP.
Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah.
Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.

Monday, November 21, 2011
UMNO DAN ISLAM
UMNO Membangun bersama Islam ..... Cabar UMNO cabar Melayu, cabar Melayu cabar Islam !
Apakah cabaran yang ditempuh oleh umat Islam di Malaysia ketika ini?
Melayu ada Agamanya,Adatnya,Rajanya,Budayanya,Pakaiannya,Bahasanya.
Ugama Dijunjung
Adat Dikelek
Bangsa Dipikul.
Ada beberapa hal yang mencabar kekuatan dan kesatuan umat Islam. Yang lebih besar daripada itu adalah kesatuan fikrah atau pemikiran umat Islam. Lihat Soal Murtad yang berlaku sehingga timbul keresahan besar umat Islam di negara ini sehinggakan rata-rata yang ambil kesimpulan wajar umat Islam bersatu di bawah satu payung untuk pertahankan akidah umat Islam sehingga lahirnya perhimpunan yang dikenali Perhimpunan Sejuta Umat.
Walaupun tak perlu bincang soal besar dan kecil tapi sudah sampai rasa ketidakpuasan hati sehingga timbulnya idea perhimpuan itu. Tetapi Alhamdullillah, umat Islam ambil hikmah pendekatan yang demokrasi. Saya lihat hasil itu dan kita mula fikir mengenainya balik.
Pusat Kristian antarabangsa, 'Calvary Convention Centre' (CCC) di Bukit Jalil dibina oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Kristian merancang untuk menjadi Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia. Mereka mengemukakan pelan sebagai pusat komersial tetapi ditukar statusnya. Mereka memohon mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam sedangkan populasi penganut Kristian hanya 10 % sahaja.[4]
Tetapi adakah ada usaha tertentu untuk menghukum atau mengekang pihak yang cuba memurtadkan umat Islam?
Ini kita kena ucapkan terima kasih kepada generasi dulu yang telah mewujudkan enakmen bagi menyekat mereka yang ingin memurtadkan ini. Sebenarnya telah pun wujud enakmen sejak tahun 1980 lagi.
Misalnya, beberapa negeri telah mempunyai undang-undang yang dinamakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam. Undang-undang ini diwujudkan bertujuan untuk mengawal dan menyekat pengembangan doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam demi menjamin kehormatan dan kesucian Islam.
Negeri-negeri yang telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam ialah:
Terengganu (Enakmen Bil. 1 Tahun 1980) yang berkuat kuasa pada 1 April 1986, Kelantan (Enakmen Bil. 11 Tahun 1981) pada 1 Januari 1987, Selangor (Enakmen No.1 Tahun 1988) pada 8 Julai 1988, Melaka (Enakmen No.1 Tahun 1988) pada 1 Januari 1990 dan Kedah (Enakmen Bil. 11 Tahun 1988) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 1988.
Negeri-negeri lain pula ialah Pahang (Enakmen No.5 Tahun 1989) berkuat kuasa pada 1 Mac 1990, Johor (Enakmen No.12 Tahun 1991) pada 23 April 1992, Negeri Sembilan (Enakmen No.9 Tahun 1991) pada 5 April 2007 dan Perlis (Enakmen No.6 Tahun 2002) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2007.
Apa pandangan Datuk Seri tentang isu Seksualiti Merdeka?
Ia jauh menyimpang daripada norma kehidupan manusia. Dalam erti kata lain, ‘merdeka’ yang saya boleh terjemahkan adalah kebebasan untuk amalan seksual seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Kita patut cepat berganding bahu untuk mengekangnya dan bukannya menyokong atas sifat kerana mereka ini macam ditinggalkan. Sebaliknya, kita bantu bawa mereka pulang ke pangkal jalan. Bukannya memperakukan amalan mereka pula.
Realitinya, dalam Perlembagaan negara, kita tak benarkan termasuk Sekyen 377 (a),(b), (c) dan (d) yang tidak benarkan berlaku perhubungan lelaki dengan lelaki dan sebagainya yang saya nampak di hujung terowong itu adalah untuk memadamkan Seksyen 377 ini. Nanti akhirnya pula hilang sekatan perundangan dan kelak timbullah pula kebebasan yang dilaungkan oleh golongan tersebut. Mereka mahu mencabar Perlembagaan tersebut.
Tentang soal ibadah korban haji baru-baru ini, mengapa pula ada pihak yang pertikaikan?
Soal korban ini harus semua fahami bahawa ia suatu tuntutan ibadah dalam Islam. Kita perlu menghormati antara satu sama lain. Dalam konteks agama misalnya sebelum ini tidak pernah ditimbulkan soal-soal seperti itu dan ‘tertimbul’ ini pun adalah kesan sebab kita umat Islam tidak bersatu.
Saya lihat konsep penyatuan dan konsep yang kita laung-laungkan selama ini iaitu Gasasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dengan pegangan agama dijalankan secara berwasatiyyah (kesederhanaan) yang bermakna sederhana di sini bukan dalam erti kata yang tak kaya dan tak miskin ataupun tak jahat sangat. Tetapi ia dalam konteks kita berbuat sesuatu yang pengertiannya cari untuk dunia dan akhirat. Ia semacam kita nak mati esok (akhirat) dan cari untuk dunia yang seakan-akan kita akan hidup selama-lamanya.
Bagaimana pula dari segi komitmen UMNO itu sendiri untuk memastikan kedudukan Islam itu tidak diganggu-gugat?
Sejak kita merintis kemerdekaan 54 tahun lalu, ramai yang barangkali hanya mengambil sikap sambil lewa mengenai sumbangan UMNO. Kita lihat betapa parti keramat UMNO pertahankan agama ini dalam konteks negara kita Malaysia.
Sejak dahulu lagi UMNO mengambil pendekatan penuh dan hikmah. Hari ini kita punyai sebanyak 22,000 masjid dan surau di seluruh negara. Ada yang berharga RM100 juta, RM50 juta dan sebagainya. Dan sudah tentu masjid-masjid ini tidak berdiri di situ tanpa ada pihak yang merancang dan menguruskannya.
Masakan kita dapat lihat ada 14,000 imam-imam yang kita bayar bergaji secara bulanan, ada elaun untuk mereka lagi. Masakan juga kita lihat ada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mendidik anak-anak kita sebagai modal insan pada masa akan datang. Kita bentuk dengan pendidikan agama sekali. Begitu juga dengan pendikan sekolah dan sebagainya seperti 34,000 guru KAFA telah kita gajikan. Ini merupakan usaha berterusan UMNO tanpa rasa penat dan jemu.
Demikian juga dengan kelahiran Tabung Haji (TH) yang bukan hanya terlibat sebagai entiti yang menghantar jemaah haji saban tahun sehingga mendapat pujian Kerajaan Arab Saudi, malah dunia melihat ia sebagai contoh unggul dalam melaksanakan ibadah haji.
Kepimpinan UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN). Tabung Haji kini bergerak lebih lagi merentasi bidang ekonomi dan kini dikenali sebagai billion company dan bukannya million company. Tahun sudah sahaja kita capai keuntungan RM1.3 bilion dan beri dividen dan bonus sebanyak 5.5 peratus, ditambah 2.5 peratus untuk zakat.
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang ada Ar-Rahnu (pajak gadai berasaskan syariah) yang menerajui gadaian Islam sehingga boleh beri keuntungan kepada penyimpannya dan pemegang sahamnya.Kita ada Perbankan Islam yang dianggap berjaya sehingga Arab Saudi mahu mengikuti kita dan kita ada Takaful Islam. Ini merupakan sistem yang menjadi contoh kepada dunia luar. Islam itu bukan ketaksuban tapi adalah cara penghidupan yang diredhai Illahi.

Sunday, November 20, 2011
Mencaci Sesama Islam itu fasik !
Rasulullah SAW larang kutuk mengutuk sesama Muslim
Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”
Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.
Friday, November 18, 2011
“Menghabiskan Harta Rampasan Perang”
Misi Kerajaan Selangor…
Pendedahan skandal salahlaku terbaru oleh Menteri Besar Selangor oleh YB Satim Diman telah memeranjatkan seluruh rakyat Selangor, apatah lagi disaat rakyat Selangor belum kebah berkabung atas kelemahan rejim Khalid mentadbir sejak 2008.
Budaya menghancurkan negeri termaju diMalaysia semakin jelas kelihatan, yang mungkin sebagai satu usaha untuk merealisasikan konsep “menghabiskan harta rampasan perang”.
Dari satu sudut, Khalid tidak boleh menafikan bahawa apa yang terjadi adalah hasil dari amalan kronisma dan salahguna kuasa untuk kepentingan tertentu.
Seperkara yang menjadi persoalan adalah tentang pengesahan lantikan Pengurus Besar, kerana kerana Enakmen PKNS 1964 sek 9(3) menyebut pegawai PKNS adalah kakitangan awam.
Kakitangan awam dinegara ini tertakluk kepada Perintah Am dan Pekeliling Perbendaharaan yang merangkumi tempoh waktu perlantikan, dan tatacara tugas serta tanggungjawab penjawat awam terbabit.
Adakah perlantikan Pengurus Besar PKNS boleh disifatkan sebagai tidak sah kerana melanggar enakmen serta pekeliling yang dinyatakan diatas?
Berdasarkan persoalan diatas, Khalid Ibrahim boleh disifatkan telah melangkaui batas undang-undang yang telah termaktub.
Seperti apa yang terjadi kepada isu perlantikan Datuk Khusrin, apa yang penulis dapat lihat ialah Khalid tidak merujuk kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara bagi mendapat kelulusan mereka dalam soal pemberian gaji dan bonus yang tinggi kepada En. Othman Omar.
Penulis gusar kerana seolah-olah berlaku transaksi pengeluaran wang yang cuba“dihalalkan” hanya berdasarkan lantikan yang dibuat. Dan sudah tentu, dengan wang rakyat yang telah dikeluarkan ini, pihak berkenaan mempunyai motif tersendiri.
Mungkinkah En. Omar Osman sekadar proksi, yang diberikan “manis” dari hasil transaksi tersebut? Untuk apakah wang itu digunakan? Apakah untuk peribadi, atau membiayai program-program politik?
Apapun, penyelewengan yang terjadi ini membuktikan bahawa Khalid sememangnya menggunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi, dan mengenepikan segala prosedur kerja yang telah ditetapkan untuk tujuan ketelusan dan mengelakkan salahguna kuasa kepada penjawat awam.
Ini adalah hasil dari slogan-slogan mereka, Mengkronikan Ekonomi Selangor dan Selangorku PUNYA!!
TERLALU ANGKUH MENGHINA !
Harimau baham Garuda ..........
ANGKUH MENGHINA !!!!! penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno BAGAIKAN DITELAN GERUDA ....
Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok.
100,000 penonton gagal 'ganyang'
JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.
“Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee.
Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan.
Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.
Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.
Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.
Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok.
“Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee.
Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan.
Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.
Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.
Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.
Tuesday, November 15, 2011
JMB ( Joint Managment Body ) Tanggung Hutang Air Subsidi kepada Syabas !
MB Gagap Penipu !!!!!!
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pembohong besar menyatakan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya prihatin kepada masalah seluruh rakyat dengan memberikan bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu.
Pembohongan itu jelas dilihat menerusi perangkaan yang diterima yang menunjukkan seramai 1.4 juta isi rumah di Selangor tidak menikmati bantuan itu sehingga ke hari ini.
Katanya jumlah isi rumah itu katanya melibatkan keluarga yang tinggal di perumahan pangsapuri dan kondominium yang masih menggunakan meter bekalan air secara pukal.
“Sejak tahun 2008 bantuan bekalan air percuma ini dilaksanakan, kerajan negeri sering mencanang-canangkan perkara itu sebagai satu kejayaan dan keprihatinan mereka kepada rakyat. Sebenarnya pelaksanaan pada 2010.
Pangsapuri-pangsapuri menggunakan meter pukal terpilih sahaja diberi 'kupon RM 11.40' bermula pada Oktober 2010 sehingga April 2011. Sehingga sampai sekarang Kerajaan Negeri Selangor tak jelaskan kepada Syabas, ini menyembabkan JMB terpaksa tanggung tunggakkan tersebut.
“Hakikatnya yang sebenar ialah sehinga kini, lebih 1.4 juta isi rumah di seluruh Selangor tidak dapat menikmati bantuan air percuma itu. Jadi apakah ini bentuk keperihatinan kerajan negeri kepada rakyat,” soalnya di hadapan pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, petang tadi.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga turut berhutang kepada rakyat yang tidak menikmati bantuan bekalan air percuma sebanyak RM400 juta dalam temph 40 bulan sejak bantuan itu diperkenalkan sejak empat tahun lalu.
Dalam pada itu, Mohd. Isa turut menuntut kerajaan negeri membayar insentif sebanyak RM500 kepada kakitangan awam negeri bagi membantu meriNgankan beban kewangan mereka lebih-lebih lagi sesi persekolahan bermula awal tahun depan.
Insentif itu katanya harus diberikan juga kepada seluruh guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang turut menyumbang kepada pembangunan insan di negeri ini.Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga harus memberikan bantuan RM100 kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) selaras Kerajaan Pusat yang memberikan bantuan itu kepada pelajar sekolah di negara ini.
“Kerajaan negeri mengatakan Bajet Selangor 2012 adalah bajet berimbang. Namun, apa rakyat nikmati daripada bajet negeri ini, tidak ada.
“Meskipun bajet Kerajaan Persekutuan defisit, rakyat jelasnya menikmati hasilnya seperti subsidi, bonus kakitangan awam termasuklah bantuan-bantuan lain kepada rakyat sehingga kepada persekolahan.
“Kalau kerajaan negeri mengatakan mereka berkebajikan, prihatin rakyat, mereka harus berikan bantuan-bantuan itu,” ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)