Thursday, March 22, 2012

MB Selangor: Rizab Melayu tak diusik ?


Bodoh, dungu, bangang ! MB keluarkan kenyataan ni ? 

khalid ibrahim


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui tiada projek pembangunan melibatkan tanah rizab Melayu oleh anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) sejak tiga tahun lalu.
'apa yang dirancang Kerajaan Negeri ialah membangunkan tanah rizab Melayu yang terletak di kawasan strategik seperti di Klang, Hulu Langat dan Sepang untuk projek perumahan'.... Bodoh, dungu, bangang ! MB keluarkan kenyataan ni ?

“Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak mempunyai perancangan khusus membangunkan tanah rizab Melayu,” katanya, semalam.

Kenyataan berkenaan menjawab pertanyaan mulut Ng Suee Lim (DAP-Sekichan) berhubung perancangan membangunkan tanah rizab Melayu yang strategik demi meningkatkan tahap ekonomi Melayu.

Abdul Khalid berkata, jumlah keluasan tanah rizab Melayu bagi sembilan daerah di seluruh Negeri Selangor sebanyak 182,701.7 hektar.

Beliau berkata, jumlah keluasan mengikut pecahan daerah adalah Sabak Bernam iaitu 69,129.4 hektar, Gombak (4,576.8), Sepang (9,146 ), Hulu Langat (13,237.5), Hulu Selangor (12,720.8), Kuala Langat (15,012.3), Kuala Selangor (7,474.5), Klang (9,123) dan Petaling (1,093.2).

Dalam pada itu katanya, pihaknya bercadang membangunkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang difikirkan boleh menjana keuntungan dan memberikan faedah kepada kaum bumiputera dalam masa terdekat.

Monday, March 19, 2012

Harakah PUJI DS NAJIB !


Siapa yang tidak mampu berterima kasih kepada manusia, maka ia tidak akan mampu bersyukur kepada Allah. 



  • Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda dari atas mimbar:
    مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ، لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ، وَمَنْ لَمْ يَشْكُرِ النَّاسَ، لَمْ يَشْكُرِ اللهَ. التَّحَدُّثُ بِنِعْمَةِ اللهِ شُكْرٌ، وَتَرْكُهَا كُفْرٌ، وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ، وَالْفُرْقَةُ عَذَابٌ

    “Siapa yang tidak mampu mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri nikmat yang banyak. Dan siapa yang tidak mampu berterima kasih kepada manusia, maka ia tidak akan mampu bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah syukur, meninggalkannya adalah kufur. Hidup berjama'ah adalah rahmat, manakala perpecahan adalah azab.” (Hadis Riwayat Ahmad, 30/390, no. 18449. Kata al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh Ahmad, ath-Thabrani, dan al-Bazzar. Para perawi keduanya tsiqah.” Dinilai sahih oleh al-Albani. Lihat juga Majma’ az-Zawa’id, 5/392 oleh al-Haitsami dan Tahqiq Musnad Ahmad oleh Syu’aib al-Arnauth)


    HARAKAH memuji DS Najib 

    Laporan portal baru Massa.Online, menyatakan cara-cara DS Najib yang sederhana walaupun beliau diserang dari segenap penjuru, tetap bersabar dan menunjukkan sikap wasatiyyah yang tinggi. Sikap PM yang pemaaf juga telah menyentuh hati masyarakat grassroote sehingga meningkatkan peratus sokongan kepada beliau. Sikap pemaaf DS Najib turun memikat Harakah untuk bersama-sama dengan gerakan kesederhanaan DS Najib baik di peringkat Nasional dan Global.


    Friday, March 16, 2012

    TNB 'Hisap Darah' dgn meter baru !


    Bil melambung ...... dengam meter digital ?

    Penduduk dakwa bil melambung


    Bil elektrik rumahnya meningkat hampir 1 kali ganda sebulan, berbanding kiraan terdahulu antara RM70 hingga RM80 sahaja.
    Menurut aduan terhadap permasalahan itu sudah dibuat untuk diambil tindakan, namun sehingga kini maklum balas masih belum diterima dari TNB.
    Aduan banyak kali kepada pihak berkenaan namun setiap bulan, masih tetap dikenakan caj lebih setiap bulan sejak meter baru digital dipasang.  
    Beberapa perkara pernah merujuk kepada pihak pengurusan kediaman untuk membuat kiraan kadar penggunaan pada meter baru, selain membuat aduan dan meminta penjelasan daripada pihak berkenaan, tetapi menemui jalan buntu.
    Dengan ini kita menyeru kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar dapat menyelesaikan masalah dihadapi oleh penduduk.

    Thursday, March 15, 2012

    Kunyit mahu jadi Lengkuas !

     Kerana Abe Anwar ....Azmin Kunyit putuh urat semereh .... !!!



    Che Rosli Di Anggap Pengkhianat


    Kerana Dedahkan Fakta Sebenar Pasal Lynas...




    Gara-gara keluar dalam berita tv3 berberapa bulan lepas atas kerana 
    mengatakan operasi kilang lynas tidak merbahaya, ahli parlimen hulu langat, che rosli 
    dari pas berdepan dengan hukuman di pecat dari pas atau tidak di calonkan semula oleh 
    parti itu.

    Malah ada blogger pro pembangkang mengatakan che rosli 
    seorang pengkhianat kerana kenyataan yang dia keluarkan tidak secocok dengan 
    selera pemimpin pkr dan lain-lain pemimpin pakatan, korang boleh baca artikel itu di blog 

    Pada aku, kesian che rosli nie, dia pakar dalam bidang neukler, 
    jadi selayaknya lah dia bagi komen, apahal pulak kita nak percaya cakap fauziah saleh? 
    apa kelayakan dia untuk kata kilang lynas tu merbahaya...

    Wednesday, March 14, 2012

    Fitnah : Statigi PKR melemahkan BN !


    Saman Jgn Tak Saman : Kena Ajar Cukup-cukup.... 
    Datuk Seri Noh Omar


    DS Noh Omar telah memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Sue Lim kerana didakwa memfitnah beliau
    Noh berkata kerajaan negeri Selangor melalui akhbar rasminya SelangorKini dalam keluaran 25 Nov-2 Dis 2011 telah menerbitkan dua artikel yang dikatakan memfitnah beliau berbunyi: "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" serta artikel yang turut menyiarkan kain rentang "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".
    "Satu kita saman kerajaan negeri bersama enam yang lain termasuk sidang pengarang SelangorKini dan satu lagi kepada Adun Sekinchan," katanya.
    Katanya, saman sebanyak RM10 juta setiap satu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Mac lepas melalui peguamnya Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
    Noh berkata penerbitan kata-kata fitnah itu boleh menjatuhkan reputasi beliau sebagai anggota parlimen Tanjong Karang, menteri dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.
    Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk pendengaran pengurusan kes.

    Sudah Sinonim PKR dan Hafizi dengan Fitnah !


    Majlis tunang: Shangri-la nafi dakwaan PKR ....... 

    ANAK NAJIB


    STRATIGI  PKR/PR (Agenda Yahudi) UNTUK MEMELEMAHKAN BN .... Kerana diterajui org Islam.
    Hotel Shangri-la Kuala Lumpur menafikan kos katering bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri.
    Sebaliknya menurut pengurusan hotel itu hari ini, pembayaran dibuat oleh Najib sendiri.
    Kenyataan itu sekali gus menafikan tuduhan Jingga 13 dan PKR sebelum ini, mendakwa Pejabat Perdana Menteri menanggung kos RM409,767.
    Hotel Shangri-la Kuala Lumpur ada menerima pengesahan tempahan katering di luar pada 2 Jun 2011 bagi satu majlis di Seri Perdana Putrajaya yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2011.
    "Adalah menjadi prosuder biasa setiap tempahan yang dibuat hendaklah disahkan. Bagi majlis ini, ia disahkan pada empat hari sebelumnya iaitu 13 Jun.
    "Majlis berkenaan adalah pada 17 Jun dan pembayaran keseluruhannya dibuat oleh perdana menteri pada 30 Jun, bukannya dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri," kata kenyataan itu.
    Sebelum ini, Najib menafikan majlis pertunangan anak perempuannya itu bersama warga Khazakhstan, Daniar Nazabayev menggunakan duit kerajaan.
    Katanya, perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak,” kata mesej menerusi Twitter di bawah akaun Pejabat Akhbar Perdana Menteri (Msia PM Press Office).
    Mesej susulan pula menyebut, “Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan dalam waktu terdekat.”
    Semalam, Jingga 13 meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berhubung isu tersebut.