Debat PTPTN disiar secara langsung ....
Sudahlah.......... Parti Koyak Rabak ?
Sebuah stesen televisyen bersedia membawakan siaran langsung Debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pihaknya mengadakan beberapa perbincangan awal dengan stesen televisyen yang sedang meningkat naik itu dan bersetuju membawakannya secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Pelbagai persiapan sedang diaturkan bagi menjayakan debat antara dua pemimpin muda dari Umno dan PKR.
“Debat berkenaan dijadualkan dalam masa terdekat ini akan ke udara selama 60 ke 90 minit,” katanya semalam.
Menurutnya, Sinar Harian juga sedang mengkaji beberapa format termasuklah mengehadkan penyertaan dengan memberikan keutamaan kepada jemputan sahaja.
“Setakat ini, kedua-dua pemimpin muda itu bersetuju meneruskan debat berhubung isu yang memberikan tumpuan kepada anak muda,” katanya.