Wednesday, May 09, 2012

Bodohnya Pembangkang !


Apa BN buat semua tak betul ...... 

Najib Tun Razak diserbu warga peneroka untuk bersalaman pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka Lapan, Jerantut, Pahang, semalam. 

8hb Jengka 8

Pengumuman durian runtuh kepada warga peneroka berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) membuktikan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang mengotakan janji.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, malah apa yang dilakukan menerusi penyenaraian FGVH ini membolehkan kekayaan Felda itu dikongsikan dengan negara.
‘‘Ini yang sebenarnya membuatkan pembangkang kini mati akal. Apa yang mereka dakwa itu tidak benar sama sekali. Apa yang mereka cuba halangkan itu adalah menafikan kemakmuran kepada peneroka dan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini hari ini.
Sementara itu, menjawab soalan pemberita, Najib berkata, pemberian durian runtuh ini tidak boleh disamakan dengan insentif yang diberikan pada tahun sebelum ini kerana pengumuman hari ini adalah pertama kali dibuat berikutan penyenaraian FGVH.
‘‘Tolong jangan keliru, ini berkaitan penyenaraian. Bila kita senaraikan maka kita dapat dana tambahan untuk diagihkan," jelasnya.