Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Eastin Hotel Petaling Jaya akan mempromosi makanan kegemaran Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sepanjang Ramadan.

Kegemaran P.Ramlee termasuk kari ikan bawal berbendi, burung puyuh goreng, ayam goreng, bubur kacang, ikan masin, cekodok pisang, bihun goreng dan kopi-O sejuk.

Ramadan adalah masa yang sesuai bagi masyarakat Malaysia mengiktiraf P.Ramlee dan sumbangan beliau kepada seni lakonan serta hasil kesusasteraan di negara ini.

Beliau memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, selain mempromosi makanan kegemaran P.Ramlee, turut diadakan ialah aktiviti yang mengetengahkan filem lakonan beliau, lagu dan acara lain seperti pameran oleh Arkib Negara yang memaparkan poster, gambar dan artefak dari era seniman agung itu.

Selain itu, rakan rapat Allahyarham seperti Datuk Aziz Satar, Mariani, Tan Sri Jins Shamsuddin, Ramli Ismail dan Datuk Sony Abdullah akan membuat penampilan khas.