Friday, November 23, 2012

GERAKAN MEMURTADKAN MELAYU DI SELANGOR


NGO Kristian fokas kwsan miskin bandar ........ exco agama Selangor tidur ?


SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata isu murtad dalam kalangan umat Islam di Selangor antara lain berpunca daripada kemiskinan dan usaha menanganinya perlu dilaksanakan dengan bijaksana.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri, beliau akan melihat langkah menggabungkan perkhidmatan bantuan Tabung Amanah Islam dan Lembaga Zakat Selangor supaya kebajikan umat Islam lebih terjaga.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) yang bertanya mengenai usaha memurtadkan umat Islam  di Selangor, pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Abdul Khalid berkata agensi penguatkuasaan agama Islam di Selangor juga perlu memantau cara pendakwah agama lain menarik umat Islam serta mengkaji kaedah untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

Menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan jumlah umat Islam yang dimurtadkan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, beliau berkata beliau tidak mempunyai datanya memandangkan isu murtad merupakan isu individu dan keluarga yang tidak dihebahkan.

Bagaimanapun 10 kes berkaitan murtad masih dalam proses mahkamah........... 

Friday, July 06, 2012

Transaksi Talam-Kerajaan Negeri Selangor Ada unsur Rasuah ?


MCA persoal transaksi Talam-Kerajaan Negeri Selangor ..........

MCA persoal transaksi Talam-Kerajaan Negeri Selangor
Anggota MCA menunjukkan bukti tanah di bawah air yang dibeli di Bestari jaya, Selangor.


MCA mempersoalkan tindakan Talam Corporation Berhad menjual tanah pegangan pajak di Bestari Jaya, RM42 juta lebih tinggi dari harga pasaran kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, tanah seluas 905.2 hektar itu dijual dengan nilai RM181 juta, walaupun masih belum bebas dari bebanan dan masih digadai kepada institusi kewangan.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Talam dapat meyakinkan Kerajaan Negeri untuk membayar RM46 juta bagi 230 hektar tanah, kawasan simpanan hutan dan ekologi yang tiada nilai komersil.

“Transaksi ini menimbulkan spekulasi sama ada Talam memiliki skil perundingan yang bagus atau kerajaan negeri tidak faham senario yang sebenar.

“Dakwaan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak kompeten dan tidak mementingkan duit rakyat,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, semalam.

Menurutnya, laporan penilaian Mitra Valuers and Property Consultants Sdn Bhd kepada Talam pada 2010, mendapati tanah tersebut perlu diletakkan pada harga pasaran iaitu RM139 juta atau RM60,000 sehektar dengan syarat perlu bebas dari sebarang bebanan.

Beliau berkata, sebanyak 174 hektar tanah adalah tanah di bawah air yang memerlukan tambahan kos sehingga RM100 juta bagi kerja-kerja menimbus sebelum sebarang kerja pembinaan boleh dimulakan.

"Bagaimana kerajaan negeri sanggup membayar RM35 juta hanya untuk membeli tanah di bawah air, walaupun ia memerlukan kos tinggi untuk kerja-kerja menimbus tanah," katanya.

Selasa lalu, MCA mencabar Kerajaan Negeri Selangor untuk menjelaskan perjanjian bernilai RM1 bilion dengan Talam Corporation.

Manakala, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kelmarin menegaskan dakwaan yang dilemparkan itu tidak benar dan pihaknya akan mendakwa MCA di mahkamah.

Thursday, July 05, 2012

DAP : MENGAPA KG MELAYU JADI SASARAN ?


Jangan ambil hak kami .... ?

Sebahagian daripada 60 penduduk Kampung Genting, Balik Pulau, mengadakan bantahan terhadap kerajaan negeri di hadapan masjid kampung itu di Pulau Pinang, semalam.






MELAYU HARUS SEDAR ! PKR/PAS TAK PERNAH MEMBANTU MELAYU DAN ISLAM ?

Pemilik tanah di Kampung Genting di sini yang diarah berpindah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang 
bagi memberi laluan kepada projek pembinaan sebuah universiti awam berikrar akan terus mempertahankan tanah warisan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan Kampung Genting, Rosman Long berkata, kebanyakan penduduk yang mendapat surat daripada kerajaan negeri pada 29 Jun lalu tidak mempunyai kediaman lain jika terpaksa menyerahkan tanah mereka.
“Saya faham kerajaan negeri berhak mengambil tanah ini melalui undang-undang iaitu Akta Kanun Tanah 1960 tetapi bagaimana dengan nasib penduduk kampung.

Wednesday, July 04, 2012

Satu Penggal PKR Selangor ....... Sudah banyak Tahi ?


PKR Selangor seleweng RM1b?

CHUA Tee Yong menunjukkan salah satu dokumen berhubung transaksi bernilai RM1 bilion melibatkan Kerajaan PKR Selangor pada sidang media di Wisma MCA, Jalan Ampang di Kuala Lumpur, semalam. 

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor 
didakwa terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dibebani hutang, dua tahun lalu.
Penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan.
Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong, selepas terkejut apabila mendapat maklumat kerajaan PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan.

Monday, June 25, 2012

Dinar Emas Tertipu !


Dinar KGT tiada ciri Islam ......  

Nik Mahani

'ISLAM ADALAH CARA HIDUP'
Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT), Nik Mahani Mohamad mendakwa, mata wang syariah dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki Islam.
Nik Mahani mendakwa, sepanjang berada dalam syarikat tersebut sejak tahun 2008 sehingga awal tahun ini, beliau mendapati KGT lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk memperkenalkan sistem kewangan yang menghapuskan riba secara keseluruhannya.
Malah, beliau yang pernah membentangkan kertas di satu forum dinar emas peringkat kebangsaan pada tahun 2006 mendakwa, fungsi dan peranan KGT dalam menguruskan jual beli dinar tidak ubah seperti syarikat-syarikat yang mengeluarkan syiling emas konvensional iaitu mementingkan keuntungan.

Sunday, June 17, 2012

Orang Islam Mesti Bijak !

Syeikh Dr Mohammad Ali: Jangan pilih parti hanya kerana ada nama Islam ..............



Penggunaan nama Islam pada sesebuah parti politik bukanlah satu indikasi kepada rakyat untuk memilih parti tersebut sebaliknya mereka perlu memberi perhatian kepada manifesto dan pelaksanaannya.

Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt Jordan, Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool berkata manifesto dan pelaksanaannya oleh sesebuah parti itu dapat menentukan keupayaan untuk memberi khidmat terbaik buat rakyat.

"Letaklah nama apa pun (pada parti politik), yang lebih penting adalah manifesto dan pelaksanaan (manifesto) selepas itu.

"Mana lebih Islamik, lebih tepati kebajikan serta menepati tamadun umat Islam itulah yang perlu diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas membentang kertas kerja bertajuk 'Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda Islam' pada Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin,katanya.

Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa: Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang berakhir hari ini.

Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.
  
Dr Mohammad Ali Ibrahim juga menekankan bahawa orang yang soleh tidak semestinya sesuai untuk menjadi pemerintah.

"Tidak semestinya orang soleh serta baik dari sudut agama itu layak untuk menjadi pemerintah.

"Dalam sebuah hadis menyatakan Rasulullah S.A.W menolak permintaan seorang sahabat bernama Abu Dzar untuk menjadi pemimpin walaupun mengetahui Abu Dzar seorang yang soleh serta taat kepada agama kerana merasakan Abu Dzar tidak sesuai untuk menjadi seorang pemimpin," katanya. 

Terdahulu, bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Yarmouk Jordan Syeikh Prof Dr Mohammad Oqlah Al-Ali Al-Ibrahim, yang turut membentangkan kertas kerja, berkata setiap parti politik mempunyai asas berlainan antara satu sama lain  dan seseorang itu perlu mengkaji mengenai parti-parti sebelum menganggotainya. 

Friday, June 15, 2012

Tak Perlu Pas ... Untuk Menjadi Islam !


Masuk Islam Setelah Lihat Iklan Di Bas ... 

Kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas yang dilakukan olehorganisasi GainPeace di Chicago. Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tetapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, seramai 17 warga Chicago yang menyatakan diri untuk masuk Islam.
Diantaranya adalah Leslie C. Tooleseorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeingan masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.
“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya,” kata Toole.
Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun yang lalu, seorang lelaki memberinya sekeping risalah dan mengatakan ia akan mendapatkan pengetahuan dari risalah itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole mengisahkan.
Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers” dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.
Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeaceToole mengucap syahadah pada Isnin, 29 September 2008Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.
Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.
“Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah banyak membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya boleh mempelajari tentang Islam,” kata Toole.
GainPeace juga memberikan layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara solatcara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.
Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahawa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah yang benar,” papar Toole.
Seperti diberitakan sebelumnya, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan layanan tanya jawab tentang Islam di bas-bas CTA, yang mana ia mendapat respon positif darimasyarakat Chicago.
Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar 30.900 dollar AS untuk membiayai kos pemasangan iklan 25 bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300.000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggerismajalah The Message on Prophet Muhammad serta brosur dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.
Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan pesan dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap berbagai informasi tentang Islam, sehingga bolehmemperbetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.
Selain GainPeace, kempen serupa ini juga dilakukan oleh ICNAorganisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cabang di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1.000 iklan layanan tanya jawab tentang Islam di stesyen-stesyen kereta bawah tanah.
Kerana kempen dengan cara itu berjaya, kota-kota lainnya di AS dan Canada sudah meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di kota-kota tersebut.