Wednesday, March 14, 2012

Israel: Khairy Bogel Anwar !


Khairy dakwa Anwar 'blanket support' Israel ....

sidang parlimen


Percubaan Al Juburi Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri'  ..........
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu
boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.
Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua
berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".
"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall
Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.
"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak
ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.
Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: "Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan 'sokongannya' untuk 'usaha melindungi keselamatan negara Israel' manakala pada masa yang sama menyokong 'hak sah rakyat Palestin'.
Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin."
Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling
bertikam lidah.
Anwar walaupun nampak tenang menghadapi 'pukulan' itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy.
"Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel," katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah.
Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk.

Monday, March 12, 2012

Kita Harus Bersabar !

Shahrizat berundur ..... 




Hormati kerajaan, kepemimpinan, nafi ada kaitan isu Pusat Fidlot Nasional.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas tamat tempoh pelantikannya sebagai senator pada 8 April ini.


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Shahrizat berkata, surat berhubung pengundurannya yang berkuat kuasa pada 8 April sudah disiapkan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. 

Ditanya sama ada keputusan itu ada kaitan dengan skandal NFCorp, Shahrizat berkata:
“Sama ada wujud kepentingan peribadi atau tidak, saya tidak ada kena mengena dengan NFC. Saya berkahwin dengan Pengerusi NFCorp, tetapi sebagai anggota kerajaan, saya rasa perkara yang betul untuk dilakukan ialah berundur.

“Saya amat menghormati kerajaan dan amat menghormati Perdana Menteri. Saya bukan saja seorang pemimpin, saya juga seorang isteri dan seorang ibu. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya lakukan perkara yang betul.”

Beliau berkata, keputusan itu diharap akan membolehkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan kes berkenaan.

DAP GAMES .... LYNAS !


RAHSIA KENAPA DAP MAHU HANCURKAN LYNAS (MALAYSIA) ? 



Sejak kebelakangan ini dap dan beberapa akhbar berbahasa cina 

begitu giat dan bermati-matian mahu menghancurkan 
projek LYNAS kebanggaan rakyat malaysia.

apa yang LYNAS boleh sumbangkan kepada ekonomi negara ?
apa yang LYNAS boleh bantu syarikat automobil negara (proton dan perodua) ?
dan yang lebih penting, apa yang membolehkan malaysia dapat melalui pasaran ini ?



Apakah dia Nadir Bumi?

Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan 
bahan asas untuk pembuatan barangan. Ia terdiri dari 17 unsur - unsur kimia termasuk unsur s
emulajadi yang membebaskan radiasi

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam 
proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo 
Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.



Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :

Prometium – Bateri Nuklear
Scandium – Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium - Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro
Lanthanum – Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera
Cerium – Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium – Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan 
kacamata keselamatan
Thulium – Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium – Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium – Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium – Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI
Neodymium – Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik


Gambaran yang cuba ditanam kepada rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini sehinggakan 
Australia tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat pembuangan sisa toksik yang mengandungi 
radiasi.

Tetapi perlu ditekankan juga bahawa Amerika Syarikat (AS), iaitu sebuah negara yang mempunyai 
perundangan perlindungan alam sekitar yang lebih ketat daripada Australia telah memperkenalkan satu rang 
undang-undang untuk memulihkan industri pemprosesan nadir bumi. Ini kerana pada satu ketika dahulu 
(1965-2000), AS adalah pengeluar terbesar elemen nadir bumi melalui lombong Mountain Pass, California.

Tetapi dengan kehadiran China memproses nadir bumi pada awal tahun 2000, ia telah memaksa lombong 
Mountain Pass ditutup kerana China mampu memproses bahan tersebut dengan menggunakan kos yang 
lebih rendah. AS akur keputusan memberhentikan operasi Mountain Pass telah mengakibatkan China 
mengawal lebih daripada 96 peratus pengeluaran nadir bumi pada hari ini.petikan artikel rezeqeen hill.



china menguasai hampir 95% pembekalan nadir bumi.

berdasarkan maklumat, sekiranya LYNAS ini beroperasi maka MALAYSIA akan menguasai 20% 
pembekalan nadir bumi di pasaran antarabangsa.

jelas melalui LYNAS juga malaysia akan mampu bersaing dalam pengeluaran/pemasaran kereta hibrid, 
fiber optik, wind turbin dll yang secara makronya berlandaskan kepada ide teknologi pembekalan tenaga.

lihat fakta di bawah. keinginan dan keyakinan luar biasa MALAYSIA mahu menjadikan industri kereta 
hibrid ini sebagai salah satu perancangan besar ekonomi negara.

PROTON AKAN MEMBEKALKAN KERETA HIBRID KEPADA KERAJAAN.
KEMUDIAN KENYATAAN PROTON MAHU MENGELUARKAN KERETA 
HIBRID BERSKALA BESAR PADA JAN 2012.

TUN DR MAHATHIR SAHKAN KERETA HIBRID PROTON BAWAH RM100K.
LYNAS sebenarnya akan memecahkan monopoli negara china dalam pembekalan bahan nadir bumi.

sudah menjadi amalan tradisi perniagaan, orang ca ya nun alif tidak suka perniagaan yang dikuasainya 
dipecahkan monopoli.

kerana itulah beberapa akhbar cina dan dap bermati-matian mahu menghancurkan nama LYNAS di mata 
rakyat.

aksi mereka tanpa kita sedari, ianya secara terselindung mahu menghapuskan cubaan malaysia 
(sebut kerajaan melayu) menguasai  nadir bumi di pasaran antarabangsa.

isu kesan penyakit yang dimomokkan oleh gerombolan anti LYNAS adalah retorikal opinion yang kosong.

fakta itu telah dijawap dengan cukup profesional oleh ahli parlimen pas kuala langat, pakar nuklear 
yang menafikan operasi LYNAS itu akan memberi kesan sampingan.

pendapat 3 ribu pendemo anti LYNAS tidak sama sekali dapat mematahkan fakta.

pendapat dap yang ani LYNAS tidak sama sekali dapat mematahkan fakta.

bacalah game ini dari sudut politik yang 'halus'.  

Friday, March 09, 2012

PR: TAKUT BUBAR DUN !

Tunjuk keras kepala ....PR: TAKUT BUBAR DUN ???


Pakatan umum pendirian bubar DUN 13 Mac ..........
Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT).
Apa mahu takut !
Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan
Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.
Dulu bolehlah tipu !
PR yang dianggotai PKR-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 2008. 

Thursday, March 08, 2012

Bo Layan Parti Korek Rongga ! Kita Jumpa di Pru13


PKR : Parti hampir mampus !!! hidup atas insan Dap dan Pas ?

najib-anwar-B

Pekerjaan yang sia-sia melayan 'orang gila' . Teruskan kerja-kerja kita dan tidak akan merubahkan apa-apa !
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima tawaran debat bersama Ketua Pembangkang, AlJuburi kerana sesuai dengan Islam dan kembali ke jalan Allah.
Allah s.w.t. berfirman;
Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisa [4]: 59)
Mencela penguasa adalah kesalahan yang besar. Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda;

Janganlah kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertakwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat. (Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq DR. Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya)

Ziyad bin Kusaib al-Adawi berkata: “Aku pernah bersama Abu Bakrah duduk di bawah mimbar Ibnu Amir yang sedang berkhutbah dan memakai pakaian tipis. Abu Bilal berkata: ‘Lihatlah pemimpin kita, dia memakai pakaian orang fasik!’ Abu Bakrah berkata: “Diamlah! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, Allah akan menghinakannya.” (as-Sahihah, 5/376)

Larangan mencela penguasa bukan hanya kerana memelihara kehormatan kepada mereka semata, akan tetapi demi membendung dan mencegah kerosakan/keburukan yang besar. Tidak mustahil bahawa diawali dengan soal cela-mencela akan berakhir dengan pemberontakan. Fahamilah wahai saudaraku! Taatilah sunnah Rasulullah dan pendirian para sahabat-sahabat Rasulullah.


Talks: AnuWar Yahudi !




Pendedahan Surat – Surat Anwar Kepada Yahudi : Carl Gershmen – Presiden NED

AIDCNews – Dalam pendedahan surat-surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yahudi, berikut disertakan bukti surat kedua, ditulis kepada NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocondi Amerika Syarikat (AS).
Surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim ditujukan kepada Carl Gershman, Presiden NED yang beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004.
AIA adalah singkatan kepada ‘Anwar Ibrahim & Associate’, sebuah syarikat milik Ketua Umum PKR itu yang berpengkalan di AS, beralamat 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170.
Menurut rekod, syarikat itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia, AS.




Dalam surat bertarikh 18 Jun 2007, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Carl Gershman yang menjemputnya berucap di the Westminster Address at the Library of Congress (sila klik link ini untuk melihat bukti foto Anwar) bersempena dengan sambutan 25 tahun pentadbiran Ronald Reagan.
Anwar juga turut memohon kepada Gershman agar dapat membantu pilihanraya umum ke-12 di Malaysia dan beliau telah menyediakan proposal Malaysian Center for Electoral Integrity’s (MCIE).
Dalam majlis anjuran NED yang dihadiri Anwar itu, yayasan topeng CIA itu turut menderma dokumen-dokumen kepada Perpustakaan Kongres AS berkaitan dengan sejarah penubuhannya hingga ke peringkat operasi di seluruh dunia.
NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983, kata William Blum dalam tulisan bertajuk “NED and Project Democracy”
Penulis memetik kata-kata penggubal undang-undang NED, Allen Weinstein yang berkata, “Banyak yang telah kita lakukan pada hari ini secara rahsianya telah dilakukan 25 tahun dahulu oleh CIA”.
Wartawan Barat itu mendedahkan, NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya.
Program NED secara umumnya menyampaikan falsafah bahawa rakyat lebih baik dilayan di bawah perniagaan bebas, kerjasama antara kelas, penawaran secara kolektif, campur tangan kerajaan yang minima dalam ekonomi dan berlawanan dengan sosialisme. Ekonomi pasaran bebas disamakan dengan demokrasi, perubahan dan pembangunan dan dasar keterbukaan kepada pelaburan luar.
Sebelum ini CIA/NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.
Hernando Calvo Ospina menghuraikan secara terperinci kaitan CIA dan NED dalam artikelnya, bertajuk “The CIA’s Successors And Collaborators“.
Video di sebelah adalah ucapan Anwar dalam program seperti yang ditulis dalam surat tersebut.
Dalam ucapannya Anwar memuji usaha Reagan menubuhkan NED dan berbangga kerana dijemput Carl Gershman untuk beliau terlibat dengan badan topeng CIA itu.
Surat kedua kepada Carl Gershman bertarikh pada 29 Julai 2007 sebagai susulan surat pertama berkaitan permohonannya meminta agar NED campur tangan dalam pilihanraya umum di Malaysia.
Katanya, bantuan NED amat penting untuk mewujudkan demokrasi dan kebebasan di Malaysia sepertimana peranan yang telah NED lakukan di seluruh dunia.
Menurut Thierry Meyssan dalam artikel bertajuk “NED: National Endowment for Democracy-The networks of “democratic” interference“, menyebut Carl Geshman adalah berbangsa Yahudi, merupakan bekas pengikut fahaman Trotskyite.
“Carl Gershman adalah merupakan ahli neo-konservatif”, katanya.
Fahaman Trotskyite merujuk kepada fahaman Leon Trotsky seorang ahli teori Komunis dan pemimpin Revolusi Rusia 1917 yang diusir dari Kesatuan Soviet selepas tewas perebutan kuasa dengan Stalin. Pada tahun 1940, Trotsky telah mati dibunuh.
Menurut laman jewwatch.com, nama penuh Trotsky ialah Lev Davidovich Bronstein adalah berketurunan Yahudi yang menggerakkan Revolusi di Rusia.
Penganut fahaman Trotskyite ini kebanyakannya berada dalam rangkaian neo-konservatif AS yang bergabung dengan CIA untuk menentang fahaman Stalinisme. Aliran “idealis sayap kiri” ini, telah menyertai Parti Republikan dan pada masa ini mempunyai pengaruh intelektual terhadap White House dan Pentagon.
Carl Gershman yang menjadi Presiden NED dari tahun 1984 hingga sekarang menggerakkan operasinya melalui empat cabang, iaitu NDI (National Democratic Institute for International Affairs), IRI (International Republican Institute), CIPE (Center for International Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity).
Dalam masa sama NED turut menaja Freedom House.
“Kedua-dua instrumen (IRI dan NDI) telah mendapat tajaan besar daripada NED….sebaliknya NED pula menerima wang daripada pembayar cukai rakyat Amerika.
“Apa yang telah NED lakukan di luar negara, melalui organisasi penerima NDI, IRI sudah tentu sesuatu yang tidak sah di AS, kata Ron Paul, Ahli Republikan menulis dalam artikelnya, “National Endowment for Democracy: Paying to Make Enemies of America“.

Tuesday, March 06, 2012

Bukan dasar 'Isle' diejek... ???


Pas Memperalatkan Isle, adalah menjijikkan .... demi politik !

Nik Abdul Aziz Nik Mat


Adakah 'Anak Kelantan ' hisap dadah salahkan BN ?????
Nik Ajis tidak menjalankan 'dasar Islam' sebenarnya, sehingga Anak Muda Kelantan terumbang ambing, kalau dulu pergi mana pun 'Anak Kelantan' boleh diangkat menjadi 'Imam' tapi sekarang setiap ceruk rantau terutama dibandar-bandar besar spt KL. Penagih Dadah, bersekedudukan (zina) , minum arak, tidak solat walaupun jumaat... semua ini dan sebahagiannya adalah 'Anak Kelantan' yang diLahirkan dan dibesarkan di Kelantan. Inikah 'membangun bersama Islam' ?
Mana Dasar Islamnya, kalau diKampung-kampung diKelantan dipenuhi gulungan Najis Dadah. Nik Ajis tak tahu, sebab dia tak masuk kampung dan bertanya khabar pun ... Asyik-asyik Isle ! sibuk ceramah sana sini.

Bila Pas lemas dan lemah  ... Sekali lagi Nik Ajis guna nama Islam dan salahkan BN
KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mengejek dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan Pas di negeri ini.

Beliau berkata, perbuatan itu memalukan kerana seluruh rakyat termasuk bukan Islam melihat bagaimana orang Melayu Islam menghina agama sendiri.

“Kenapa orang Melayu Islam datang ke sini (Kelantan) nak ejek dasar Islam? Saya malu kerana orang bukan Islam melihat perkara ini,” katanya ketika menyertai sesi penggulungan perbahasan titah Sultan Kelantan di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, dasar Membangun Bersama Islam dengan menumpukan kepada ubudiyah, masuliyah dan itqan jelas bersumberkan al- Quran.

“Kita ambil semua itu daripada al-Quran bukan daripada mana-mana ideologi di dunia yang boleh diejek sesuka hati, kalau tolak al-Quran, tak jumpa jalan.

“Kita didik rakyat supaya apa sahaja yang kita lakukan mesti dengan taqwa kepada ALLAH SWT,” katanya yang juga Adun Chempaka.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz meminta pelancong terutamanya dari luar negara agar menghormati tata susila ketika berkunjung ke negeri itu dengan tidak memakai pakaian yang menjolok mata.