Friday, August 05, 2011

MB SELANGOR ... BANGGANG !

MB Selangor minta laporan Jais............. Pedulikan! ini satu usaha mengkristian orang Melayu Islam.

Hari itu Hassan Ali dengan Ronny Liew hari ni MB  Khalid Bodoh lagi membangangkan dgn mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya malam tadi.
BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima.
Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.
Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.
Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.
Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguat kuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.
Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguat kuasa JAIS.
Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan.
Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.
Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Tempat yang dipercayai telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor, semalam.

Wednesday, August 03, 2011

Revolusi Ramadhan

Impak Ramadan  Asia Barat yang bergolak
SELAMAT datang Ramadan, bulan yang menjanjikan 1,000 keberkatan kepada umat Muhammad SAW. Tuntutan ketiga dalam Rukun Islam itu mendidik penganutnya menjadi tangkas dan mantap jiwa. Ia juga menguji keampuhan iman, sekukuh iman barisan sahabat yang berjuang menegakkan syiar Islam bersama junjungan mulia ribuan tahun lalu.
Ramadan kali ini juga bakal mencabar kepatuhan sebahagian saudara se-Islam lain di Asia Barat yang kini berdepan pergolakan, mahukan perubahan dalam tampuk pemerintahan negara masing-masing. Bulan puasa atau tidak, momentum pasti akan berterusan.
Ketika Ramadan, daya tahan sukarelawan paling tegar sekalipun akan diuji dengan pertempuran padang pasir tanpa makan dan minum, terutama ketika suhu meningkat
Memang terlalu dalam jurang jika ingin menyamakan apa yang berlaku hari ini dengan pertempuran pertama dalam Islam - Perang Badar - yang berlaku dalam bulan puasa pada tahun kedua Hijrah. Ramadan ini mungkin dapat memberikan gambaran lebih jelas bagaimana bulan itu berfungsi mengukuhkan semangat biarpun dengan kudrat terhad.

Tuesday, August 02, 2011

DIK TAMAK LUPA ..... AKAN KUASA ILLAHI.

MEREKA LAKUKAN APASAJA : FITNAH, TIPU, CERCA, AYAT SUCI, BERPIHAK KAFIR HARBI DAN BERMUSUH DENGAN SESAMA UMMAH


Pakatan pembangkang terbukti telah menuju kehancuran apabila para pemimpin parti Dap dan Pas sendiri sudah tidak yakin dengan kewibawaan ‘anugerah’ tuhan yang selama ini menjadi dalang kepada huru-hara dan pelbagai manipulasi dalam negara.
Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek melihat bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang sebelum ini menjadi hero dalam sandiwara mereka untuk menuju ke Putrajaya adalah satu liabiliti yang akhirnya menyebabkan pakatan mereka rapuh dan kian musnah.
“Sandiwara yang pembangkang mainkan selama ini sampai ke penghujungnya dengan akhirnya bukan hanya rakyat tetapi nampak gayanya pakatan dalam pembangkang sendiri pun sudah hilang kepercayaan kepada Anwar sedangkan selama ini mereka anggap Anwar adalah tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya menang dalam pilihan raya,” katanya.
Abdul Halim yang juga Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) berkata demikian kepada UMNO-Online ketika mengulas berkaitan dakwaan mengenai pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang.
Difahamkan ia adalah sebagai persediaan kepada pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya akan datang jika sekiranya Anwar yang juga PKR disabit kesalahan dalam kes liwatnya.
“Secara tidak langsung tindakan pemimpin pembangkang ini menunjukkan bahawa mereka tidak ada pendirian dan prinsip yang tegas dalam kepimpinan sehinggakan sanggup mempelawa pemimpin dan tokoh dari parti yang selama ini mereka cerca dengan pelbagai kata nista iaitu Barisan Nasional (BN)/UMNO.
“Fikirkanlah, bagaimana pembangkang sanggup sujud kepada orang BN dengan memintanya mengepalai pembangkang sedangkan ia secara jelas adalah bukti memperakui bahawa BN adalah lebih baik dari pembangkang. Jadi mengapa tidak saja mereka bubarkan parti pembangkang dan undi BN sekiranya benar BN lebih baik?”
Katanya, pemimpin-pemimpin pembangkang tahu bahawa Anwar adalah satu beban kepada mereka sekiranya terus dikekalkan sebagai tampuk utama kepimpinan sedangkan Anwar berdepan dengan pelbagai masalah yang tentunya lebih mengaibkan mereka.
“Keyakinan rakyat terhadap salah laku dan etika moral Anwar itu adalah satu beban yang cukup berat terpaksa ditanggung oleh pembangkang sedangkan mereka perlu membuat persedian bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
“Inilah ‘desperate move’ pembangkang kerana mereka yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah dalam kes liwatnya selain kes video seks yang telah tersebar luas dan memberi ancaman untuk mereka meraih undi walhal sebelumnya mereka anggap Anwar adalah Sang Juara,” tegasnya.
Beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan bahawa pembangkang secara keseluruhannya telah dapat menjangka keputusan penghakiman yang tentunya akan memberi tamparan hebat sekiranya Anwar terus dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang.
“Mereka tahu bahawa sekiranya mereka membiarkan sehingga keputusan mahkamah dibuat maka tentunya sesuatu lebih dasyat akan berlaku yang akan turut memalit malu jadi sebelum kehancuran lebih buruk terjadi maka mereka mahu mencari pengganti Anwar dengan harapan ‘kekotoran’ itu dapat dibersihkan,” katanya.
Ujarnya lagi, taktik desperado ini dibuat oleh pembangkang sebagai satu-satunya alternatif bagi memastikan pembangkang terus bernyawa.
“Sebelum ini mereka berjaya mempelawa bekas-bekas pemimpin tertinggi BN seperti Chua Jui Meng dan Zaid Ibrahim sedangkan mereka lupa bahawa tokoh-tokoh tersebut adalah ‘serdak-serdak’ yang juga dibuang oleh BN sendiri tetapi kemudiannya dikutip oleh pembangkang.
“Inilah tindakan goyah pembangkang yang semakin terdesak sehingga sanggup menjilat ludah sendiri untuk berketuakan seorang pemimpin BN yang selama ini diperkecilkan. Saya percaya, niat tidak ikhlas mereka tidak akan berjaya kerana mereka mahukan kepimpinan dari BN untuk memperkuatkan pembangkang dan apabila gagal maka pemimpin itu sendiri akan diketepikan sebagaimana yang berlaku pada Chua Jui Meng dan Zaid Ibrahim sendiri,” jelasnya.
Dalam hal ini, Abdul Halim turut mengingatkan bahawa rakyat tidak pernah lupa malahan sentiasa membuat penilaian terhadap kelakuan pembangkang.

Monday, August 01, 2011

DAPig AKAN KUASAI KAWASAN MELAYU !

Kuasai Kawasan Melayu : DAP Adaptasi Cara PAP Singapura

SHAH ALAM, 1 Ogos – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) ingin mengalu-alukan cadangan DAP yang berhasrat ingin bertanding dalam kerusi majoriti Melayu dalam PRU 13 ini. Melayu akan menggelupur bila identiti itu lebih Islam dan lebihMelayu.

Hasrat ini menurut Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin sekali lagi membuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Jelas beliau  DAP sekarang memperolehi sokongan maksima masyarakat Cina namun itu masih belum cukup untuk ia memenangi kerusi untuk mengambilalih kerusi Perdana Menteri.
Justeru tegasnya GAPS yakin sebenarnya DAP sedang menyusun langkah untuk mengambil alih jawatan PM, kerana itu ia harus melebarkan jaringnya di kawasan Melayu.
“PKR dan Pas sekarang pula sedang mengalami kemerosotan sokongan yang amat sangat pengundi Melayu. Oleh itu kedua-dua parti ini dilihat DAP tidak mampu untuk mengekal kerusi yang mereka ada sekarang.
“Alternatif nya adalah untuk DAP meletakkan calon Melayu. Dengan formula ini DAP berharap sokongan kaum Cina kekal dan kaum Melayu bertambah yang akhirnya akan memenangkan calon mereka”, katanya kepada UMNO-Onlien di sini.
Hakikatnya kata beliau secara halusnya DAP sedang mengadaptasikan cara parti PAP Singapura menguasai kerusi orang Melayu di gara itu sejak tahun 1965.
“Formula PAP mungkin boleh digunapakai oleh DAP untuk menguasai politik negara ini,” katanya.
Tambah beliau lagi hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini. -MediaUMNO

'Selangor Ku’ Pakatan KRa panaskan 'Gulai Sejuk'.

Slogan `Selangor Ku’  oleh kerajaan Selangor adalah bersifat sementara kerana kerajaan Pakatan KRa mahu panas 'Gulai Sejuk'. Mereka merasai pengaruh mereka mulai sejuk, kerana janji tinggal janji tiada dilunaskan.Oleh kerana itu, tidak hairanlah rakyat di negeri Selangor ini tidak mengendahkan langsung slogan baru itu yang hakikatnya tidak membawa apa-apa makna. Sekadar untuk mengaburi rakyat Selangor bagi menutup kegagalan pentabiran mereka sejak mengambil alih daripada Barisan Nasional.
“Sejak mereka (pakatan pembangkan) perintah Selangor apa yang sudah dilakukan oleh mereka, mana janji-janji yang mereka buat ketika pilihan raya dahulu, sehingga kini masih banyak yang tidak tertunai lagi.
“Kini mereka lancar slogan baru, itu semua hanyalah sandiwara, sebelum ini pun mereka pernah lancarkan slogan  ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’  tetapi tiada apa perubahan atau peningkatan ekonomi untuk Selangor,” .
Mengapa sekarang mereka baru bercakap untuk mendekati rakyat, apakah selama ini yang mereka lakukan untuk rakyat Selangor dan mengapa ketika pilihan raya umum makin hampir baru bercakap mengenai rakyat.
“Barisan Nasional dan UMNO sudah lama menjalankan pelbagai program untuk mendekati rakyat. “Cukuplah apa yang telah dilakukan oleh mereka selama ini, tidaklah perlu mereka menipu rakyat dengan slogan atau janji-janji manis yang tidak tertunain sehingga sekarang, apakah kita boleh hidup hanya dengan slogan atau janji-janji sahaja,” .
Sejak Selangor diperintah pakatan pembangkang, pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor, Islam bukan lagi kehadapan dan sebaliknya Hotel-hotel  bajed dan rumah urut bagaikan cendawan tumbuh. Pembangunan yang berlaku di Selangor adalah hasil usaha yang dilakukan oleh Barisan Nasional dan pakatan pembangkang tidak boleh berbangga dengan itu semua.

Thursday, July 28, 2011

PEMIMPIN YANG ROSAK

Kejahatan yang ada pada pemimpin pemimpin politik lah yang menjadi punca membiaknya sifat sifat nafsu yang jahat dalam masyarakat kita hari ini.Mereka adalah di antara agen pembiak sifat sifat sombong, riyak, tamak, hasad dengki, suka memfitnah, mengumpat, mementing diri sendiri, kroni dan keluarga nya sendiri. Mereka mengambil kesempatan daripada kuasa dan kedudukan untuk mencapai kehendak nafsu, sekali pun mereka terpaksa menekan, menipu, berlaku kejam, memfinah, mengaibkan orang dan sebagainya.Dan orang orang ini lah yang diharapkan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan stabil di mana kepentingan rakyat dan negara terpelihara dengan baik.
Apakah harapan ini akan dipenuhi? Tidak mungkin. Samalah saperti mungkin kita mengharapkan seorang ayah yang memiliki perangai bengis dan kejam untuk berlaku adil dan baik terhadap anak anaknya.Yang mungkin berlaku ialah anak anak akan berada dalam keadaan resah gelisah dan tertekan sepanjang masa.

Parlimen yang di anggap sebagai institusi tertinggi dalam sistem demokrasi itu pun telah di salah gunakan oleh pemimpin pemimpin politik yang rosak dan jahat.Institusi yang di anggap mulia itu telah dijadikan gelanggang perdebatan, jerit pekik, hentam menghentam, ejek mengejek, maki memaki dan bermacam macam lagi perangai buruk yang tidak sepatutnya dilakukan oleh YB dan  YAB yang bijak pandai dan bermaruah.Maka tidak salah kalau saya katakan suasana di parlimen itu tidak ubah saperti yang berlaku dalam kelas murid murid nakal atau di kem kem tahanan .Saya lihat kelas kelas tadika lebih berdisiplin dari sidang Parlimen.Kenapa hal hal memalukan saperti ini boleh berlaku sedangkan mereka adalah orang yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan tugas tugas yang mulia?

Apa yang dapat di lihat hari ini, pemimpin pemimpin politik adalah terdiri dari orang orang yang  sudah rosak akhlaknya.Sifat sifat jahat yang mereka miliki menunjukkan mereka tidak berkemampuan melahirkan masyarakat bertamadun  yang boleh hidup dalam suasana aman dan damai.Adakah boleh wujud suasana aman dan damai kalau pemimpin di antara pemimpin sendiri bertelagah?
Sikap permusuhan di antara pemimpin pemimpin ini boleh di samakan dengan pergelutan antara ahli ahli gusti yang masing masing cuba saling menjatuhkan semata mata untuk memenangi tali pinggang sebagai juara. Dan pengikut pengikut di bawahnya bertindak saperti penonton penonton yang tidak boleh duduk diam, melompat,menjerit, dan memekik mekik kepada ahli gusti yang sedang bertarung.Apa untung yang mereka dapat?
Pemimpin pemimpin semacam ini hanya akan menjerumuskan negara ke kancah krisis politik yang lebih kronik yang akan memberi kesan yang negatif terhadap kestabilan negara.Apabila sikap pemimpin menyeleweng , gila kuasa dan kedudukan, maka rakyat akan berada dalam keadaan kucar kacir dan tidak terkawal. Maka negara seluruhnya akan di timpa bermacam macam masaalah yang tidak akan selesai.
Akhirnya berlakulah kerosakan akibat oleh perbuatan manusia yang semata mata mahu memuaskan kehendak nafsu buas mereka.
Allah sebutkan dalam Al Quran yang bermaksud, ” Berlakulah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh usaha tangan manusia, supaya ALLAH merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar Rum:41)

DAPiq KUASAI SELANGOR !

Keadilan Bagi DAPig

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman membidas DAP yang terus bermaharajalela untuk memainkan peranannya sebagai pengarah utama dalam sandiwara bagi memastikan monopoli kuasa di tangan biarpun menggadai rakan sekutu atau memperkudakan anggota yang lain.
Katanya, apa yang berlaku di negeri-negeri pembangkang sekarang ini adalah ekoran daripada kerja-kerja sumbang para pemimpin DAP yang sanggup mempergunakan anggota lain dalam pakatan khususnya Pas dan Pkr.
“Inilah DAP yang berstrukturkan perkauman biarpun di bibir para pemimpin mereka mengatakan sama rata tetapi apa yang dilakukan adalah sebaliknya sebagaimana Selangor yang dimonopoli keuntungan sepenuhnya oleh para anggotanya,” katanya kepada UMNO-Online.
Jelasnya, pentadbiran Negeri Selangor secara langsung sekarang ini DIMONOPOLI oleh DAP dengan sekutunya sehinggakan anggota pakatan lain iaitu Pas dan Pkr sudah tidak mampu mengeluarkan kata-kata.
“DAP sudah mempergunakan kepentingan keseluruhan iaitu bukan hanya asas perpaduan dalam kesejahteraan rakyat diperlekehkan malahan mereka sanggup menangguk di air keruh dengan kononnya menjadi hero sedangkan realitinya merekalah gunting dalam lipatan.
“DAP bermain wayang dengan setiap anggotanya bermain peranan kononnya mahu mengutamakan rakyat tetapi sebaliknya mereka merendahkan martabat orang Melayu selain menafikan hak keistimewaan bumiputera dan menghina agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.
“Sanggupkah kita hanya duduk berdiam diri sedangkan diri kita ini ibarat diperhamba sewenang-wenangnya atas kepimpinan ala-ala kuku besi DAP. Atas kertas bersikap baik sedangkan apa yang diterjemahkan dalam realiti adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan apa yang mereka lakukan,” katanya
Tegasnya lagi, pemimpin DAP bukan hanya mengambil kesempatan dengan mengaut segala macam perkara yang boleh memberi keuntungan pada mereka malah lebih dari itu, agama Islam juga turut dihina dan dipermainkan.
“Pemimpin-pemimpin DAP bukan hanya di Selangor tetapi di negeri-negeri lain juga mainkan peranan besar dalam usaha untuk mengaut kekayaan sehinggakan mereka langsung tidak memberi peluang kepada orang lain biarpun kontrak yang kecil untuk kelas F dan kuota bumiputera.
“Malangnya para pemimpin dalam pakatan pembangkang seperti lembu di cucuk hidung yang tak tahu nak bersuara, telinga dah jadi tuli dan ada mata pandang saja apa yang diperlakukan oleh pemimpin DAP termasuklah apabila ayat quran dan hadis dipersendakan.”
Dalam Sidang DUN Selangor baru-baru ini, Satim telah dihalau keluar kerana menegur perbuatan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang mahu membacakan sebuah hadis.
“Ini juga satu lagi taktik DAP untuk menunjukkan kononnya parti anti Negara Islam itu sedang berusaha merapatkan diri mereka dengan umat Islam sedangkan kita tidak boleh biarkan sesiapa sahaja sesuka hati menggunakan hadis untuk menguatkan hujahnya apatah lagi oleh orang kafir. Sudah banyak tempat dan majlis, ayat al-Quran dan hadis dipermainkan oleh DAP dan ini tidak boleh dijadikan sebagai satu budaya.
“Inilah demokrasi yang dibuat oleh pembangkang kerana belum berkuasa, kata demokrasi, hak kebebasan tetapi bila berkuasa semuanya ikut suka hati sendiri,” katanya lagi. – MediaUMNO