Monday, May 07, 2012

Jangan Jadi SiTanggang !


Anak Durhaka atau ... "pilihanraya dah dekat" ? 

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali

Azmin Ali menyifatkan wawancara ibunya, Che Tom Yahaya kepada beberapa media semalam petanda Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat.

Dalam rakaman video yang disiarkan portal Agenda Daily pagi ini, Azmin berulang kali menyebut “pilihanraya semakin dekat”antara sebab mengapa beliau terus diserang.

Semalam, ibunya berkata, beliau masih mengharapkan Azmin pulang ke pangkuan keluarga untuk memaut kembali hubungan yang sudah terjurang antara beliau dengan adiknya, Ummi Hafilda.

Che Tom, 78, berkata, beliau dan suaminya, Ali Omar sudah memberikan didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam dan budi bahasa, jadi dia masih sayangkan Azmin dan mengharapkan anaknya itu berubah dengan bertaubat dan meninggalkan PKR.

Menurut Che Tom, kali terakhir Azmin pulang ke rumahnya di Kampung Klang Gate Baru, Setapak di sini pada 1 Syawal tahun lalu.

Apabila sekali lagi ditanya reaksinya berhubung laporan itu, beliau mengulang "pilihanraya dah dekat."

"Itu saja Umno boleh menang dengan fitnah dan tohmahan, ok, ok," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Sambil menyifatkan ia adalah serangan peribadi kepadanya, beliau berkata, hampir sebulan beliau diserang  sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini, Azmin juga dikaitkan dengan klip seks yang didakwa miripnya.


Jangan Gadai Selangor !!!


Gadai Tanah Yayasan Selangor Kepada Pusat Kebudayaan Cina .............






Baca pendedahan RPK dalam Malaysia Today, di sini. Antara yang bakal mengemparkan di dalam artikel beliau:

"So, Malaysia Chronicle a.k.a. Suara Tian Chua, do we continue? What more shall we talk about? Shall we talk about how Desi YL Chong was rejected by Malaysiakini and Free Malaysia Today before he joined Malaysia Chronicle to become a member of Tian Chua’s team? Shall we talk about how Wong Choon Mei was sacked from Malaysiakini for misconduct before she joined Malaysia Chronicle to become a member of Tian Chua’s team?

Yes, what more shall be talk about?

Shall we talk about that Malay girl, the daughter of an opposition leader, who Tian Chua made pregnant and later had to have an abortion to get rid of the unwanted baby? I do not want to mention her name so as not to shame the girl or her father. Dr Syed Husin Ali knows about this matter so he is aware of what I am talking about. So let’s leave it at that, at least for the meantime, unless Tian Chua or Malaysia Chronicle a.k.a Suara Tian Chua wants to take this to the next level."

Saturday, May 05, 2012

Ayuh Kita Debat !


Debat PTPTN disiar secara langsung .... 

Debat PTPTN ditunda.
Debat PTPTN ditunda.


Sudahlah.......... Parti Koyak Rabak ?
Sebuah stesen televisyen bersedia membawakan siaran langsung Debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pihaknya mengadakan beberapa perbincangan awal dengan stesen televisyen yang sedang meningkat naik itu dan bersetuju membawakannya secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Pelbagai persiapan sedang diaturkan bagi menjayakan debat antara dua pemimpin muda dari Umno dan PKR.

“Debat berkenaan dijadualkan dalam masa terdekat ini akan ke udara selama 60 ke 90 minit,” katanya semalam.

Menurutnya, Sinar Harian juga sedang mengkaji beberapa format termasuklah mengehadkan penyertaan dengan memberikan keutamaan kepada jemputan sahaja.

“Setakat ini, kedua-dua pemimpin muda itu bersetuju meneruskan debat berhubung isu yang memberikan tumpuan kepada anak muda,” katanya.

Friday, May 04, 2012

Tak Sabar Tunggu PRU13 ?


Najib: Bersih 3.0 cubaan guling kerajaan ............

Datuk Seri Najib Tun Razak

GUA MUSANG - Perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, berucap di hadapan lebih 30,000 orang yang mula menunggu ketibaan beliau sejak pukul 7 pagi di padang Pusat Sivik itu.

Hadir pada majlis tersebut antaranya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kumpulan tersebut yang cuba menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.

 

Jangan Sampai Tahi Naik Kekepala !


Jangan berlembut, bertindak tegas ... 

Hasan Mad (kanan), Mohd. Hilmi Ismail (tengah) dan Shamsuri Arshad pada sidang media berkaitan penganjuran Bersih di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, semalam. 

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menggabungkan 228 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Peguam Negara dan pasukan polis mengambil tindakan paling tegas terhadap pemimpin parti pembangkang serta perusuh perhimpunan haram Bersih 3.0 tanpa sebarang kompromi.

MPM juga meminta kerajaan membatalkan cadangan menubuhkan panel khas menyiasat dakwaan salah laku segelintir polis ekoran terdapat banyak bukti, khususnya rakaman video menunjukkan kejadian huru-hara pada perhimpunan itu berpunca daripada pemimpin dan peserta Bersih 3.0.
Setiausaha Agungnya, Dr. Hasan Mad berkata, kegagalan pihak berkuasa berbuat demikian hanya akan memberi satu isyarat serta gambaran kepada majoriti rakyat negara ini bahawa kerajaan sedia ada lemah dalam menangani perhimpunan haram berkenaan.

Hai, Tuhan Saja Yg Tahu !


Isu Azmin: Bila Nak Saman !!!


Isu Azmin: MP, Senator PKR serah kepada polis


Tak siapa pun kata itu Azmin, cuma mirip ....? Bodoh !!~

Barisan wakil rakyat PKR menegaskan pihaknya tidak akan membuat siasatan atau laporan polis mengenai gambar imej lucah, yang disiarkan beberapa akhbar dan blog pro-Umno, yang lelakinya dikatakan mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, "kami menyerahkan pihak polis dan Jabatan Agama (Islam) untuk menyiasat isu itu."

"Tindakan menyebar gambar lucah dan seks adalah jenayah yang perlu diambil tindakan," kata beliau.

Menurutnya, ahli-ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara PKR menolak keras dan mengecam politik fitnah dan tuduhan jahat media pro-Umno terhadap Azmin kononnya beliau terlibat dalam adegan lucah yang dipapar dengan cara yang tidak bermoral oleh beberapa media cetak dan elektronik.

"Kami mendesak agar pihak-pihak tersebut meminta maaf dengan kadar segera terhadap Azmin.

 

Thursday, May 03, 2012

WANTED BERSYIT !

Kasi Bersihhhhhhhhhhhhhhh !!!


0




Penjenayah yang dicari oleh pihak Polis...Sesiapa yang menjumpai penjenayah ini sila hubungi Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email azmiazizi@rmp.gov.my atau telefon             019-2602344       /             019-3872344      .

Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh pada perhimpunan bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu. (SUMBER GAP)