Friday, January 06, 2012

Rahsia 'Bateri 3A' !

Sedia dedah rahsia 'bateri 3A'..............

 

Ummi Hafilda Ali

Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.
"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.
"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini hari ini bagi meminta ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti pembangkang itu menghentikan perjuangan politik mereka yang didakwanya mempunyai kepentingan peribadi dan bertujuan menukar sistem negara ini kepada sebuah republik.

AL JUBURI JAHAT : BY CINA DOL !

901: Agenda jahat bebaskan Anwar !


Malah menurut sumber, penganjur setakat ini telah membuat perancangan rapi termasuk mengarahkan setiap cawangan menghantar 500 ahli.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipercayai antara pakatan pembangkang malam tadi, walaupun pada mulanya terdapat bantahan di kalangan pemimpin.
"Ada yang tidak bersetuju untuk memperjuangkan agenda peribadi Anwar Ibrahim namun mereka akhirnya akur.
"Penganjur berjaya mempengaruhi wakil pemimpin parti lain bahawa kempen tersebut bertujuan memperjuangkan hak rakyat dan bukannya demi keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu.
"Berikutan itu, pemimpin daripada parti-parti berkenaan bersetuju untuk mengerahkan ahli mereka berkumpul di beberapa lokasi bermula malam Ahad ini.
"Antara lokasi dikenal pasti di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Stesen Bas Jalan Duta, Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan Dewan Orang Ramai Kampung Pandan," katanya 

Tambah sumber itu, perhimpunan haram tersebut akan dimulakan di lokasi berkenaan dengan ceramah politik oleh pemimpin masing-masing sebelum perhimpunan keesokannya.
Jelasnya, sebagai persediaan melakukan perhimpunan haram itu, penganjur kempen juga mengarahkan peserta untuk memakai baju T berwarna hitam dengan tulisan putih tertera perkataan 'Bebaskan Anwar 901'.
Peserta juga akan memakai lilitan kepala berwarna putih dan bakal diletakkan di barisan hadapan dipercayai untuk mewujudkan provokasi ketika berdepan pihak berkuasa.

Sumber memberitahu, setakat ini, sebanyak 50,000 kain rentang telah diedarkan di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.
Menurutnya, pihak berkuasa juga sedang mengesan jika terdapat peserta yang dibekalkan senjata sebagai persediaan untuk mewujudkan suasana huru-hara.
"Berkemungkinan besar, peserta perhimpunan haram akan diarah bertindak agresif ketika berhadapan pihak berkuasa.
"Malah mereka juga diberitahu untuk bersedia jika berpeluang meneruskan demonstrasi seperti negara asing sebagai usaha menjatuhkan kerajaan," ujarnya.

BERDEMO UNTUK PENJENAYAH SEX KUNYIT .... ! ! !  LOYA TEKAK AKU .

Thursday, January 05, 2012

Selangor Darul Sampah - PAKATAN SAMPAH !

PR Sampah: Kotor Sampah, Kotor lagi Pakatan Rakyat. 


Ustaz PAS bernama Idris Ahmad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Selangor
berada di dalam keadaan selesa dan tidak ada alasan untuk menukar kerajaan.



Belia memberi contoh bahawa rakyat Selangor mendapat kemudahan air percuma, guru KAFA dinaikkan elaun RM1500, Tawas, skim mikro kredit berjaya melunaskan hutan negeri.

Antara kenyataan Ustaz Pas ini adalah “Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah memberi keselesaan, kepada BN yang kembali menindas rakyat demi kepentingan perut kroni dan anak pinak jika mereka berkuasa,” ujarnya.

Sebelum aku pergi lebih jauh, biar aku ulas sikit tentang contoh yang diberikan oleh Ustaz PAS ini. Kemudahan air percuma di Selangor bukan merangkumi keseluruhan rakyat Selangor. Hanya rumah yang menggunakan meter individu sahaja yang mendapat rebet bil air tetapi tidak kepada rakyat Selangor yang tinggal di kawasan rumah flat atau apartment kerana mereka menggunakan meter pukal. Bayangkan cuma 20 meter padu shj (untuk mandi 2 org shj)... Tapi kalau pakai lebih bayaran berlipat kali ganda, sebenarnya kita bayar berganda jika isi rumah lebih 3 orang.
Keduanya adalah elaun guru KAFA sejumlah RM1500 sebulan bukannya keseluruahannya dari kerajaan Khalid Gagap. Kerajaan BN membayar sebanyak RM800 dan kerajaan Khalid Gagap membayar RM500. Jadi tak perlu nak riak dengan elaun guru KAFA ini.Untuk TAWAS dan Skim Mikro Kredit itu hanyalah satu sandiwara politik kerajaan Khalid Gagap untuk menutup kegagalan mereka menunaikan janji manifesto PRU lepas.

Apa yang sebenarnya aku ingin ulas adalah bagaimana Ustaz PAS ini boleh mengatakan bahawa rakyat Selangor berada di dalam keadaan selesa dibawah pentadbiran Khalid Gagap? Kita tak perlu nak ulas panjang tentang perkara ini. Gambar dibawah adalah bukti bagaimana kegagalan kerajaan Khalid Gagap menguruskan pembuangan sampah yang menjadi isu panas sekarang.Walaupun baru-baru ini YDP MBSA mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menubuhkan Jawatankuasa Memantau Kontraktor Pembuangan Sampah hakikatnya adalah PBT di Selangor GAGAL dalam isu pembuangan sampah sehingga terpaksa melantik pihak ketiga untuk memantau perjalanan kontraktor.

Gambar ini diambil di Taman Puchong Permai di Parlimen Puchong dibawah pentadbiran anak Karpal Sing.
Menurut sumber, sampah tersebut sudah hampir sebulan tidak dikutip oleh kontraktor yang dilantik dan ada diantara tempat sampah terletak di bahagian hadapan rumah penduduk dikawasan tersebut berbeza ketika Alam Flora masih berkhidmat kepada rakyat Selangor, mereka datang mengutip sampah sebanyak 3 kali seminggu. Sampah-sampah ini juga terletak berhampiran jalan utama dan juga kawasan gerai menjual makanan. Bila hujan turun sampah-sampah ini akan mengeluarkan bau yang busuk sehingga mengganggu keselesaan penduduk dikawasan tersebut. Persoalannya adalah adakah ini yang dikatakan oleh Ustaz PAS bahawa rakyat Selangor berada di dalam keadaan SELESA?








Tidak perlu bermain wayang dalam menuntup pekung di dada. Penamatan kontrak Alam Flora umpama satu bencana kepada rakyat Selangor dan juga bukti kegagalan kerajaan Khalid Gagap memberi perkhidmatan yang terbaik.

Aku ulang balik kenyataan Ustaz PAS ini. "Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah memberi keselesaan"
Sekarang ini siapa yang bodoh? Pemimpin cuba memperbodohkan rakyat atau rakyat tidak sebodoh mereka?

SUDAHLAH: LU LANGSI LU MATI

PAS BUKAN ISLAM ! HANYA SEBUAH NAMA

DEMO Kelate- Majlis Tindakan Rakyat Kelantan

 
DEMO Kelate- Majlis Tindakan Rakyat Kelantan beri N.Ajis 2 bulan
 
Satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh pertubuhan PERKASA dan MTRK
(Majlis Tindakan Rakyat Kelantan) pada 4/1/2012 di hadapan bangunan SUK Kota Darul Naim
bagi menyampaikan Memorandum Ketidakpuasan Hati Rakyat Kelantan terhadap kegagalan
Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS yang memerintah selama 21 tahun.

Dianggarkan lebih 300-400 orang hadir pada perhimpunan ini yang bermula pada pulul 2.30 petang
dan bersurai pada pukul 3.30. Memorandum diserahkan bagi Kerajaan Negeri (PAS) untuk
menyelesaikan masaalah air yang dihadapi rakyat Kelantan yang dilihat semakin parah.

Pada awalnya pihak Presiden MTRK dan Setiausaha Negeri PERKASA iaitu Hj.Sharif Hj Mahmood
ingin menyampaikan sendiri memorandum kepada Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi
seperti biasa, Nik Aziz tiada disana. Oleh itu, Penasihat Khas Menteri Besar iaitu En. Zawawi bin Muhammad tampil untuk menerima memorandum tersebut.

Mereka memberikan tempoh 2 bulan untuk Nik Aziz kemukakan pelan penyelesaian masalah ini.
Untuk rekod, Nik Aziz ada berjanji baru-baru ini untu menyelesaikan masalah air di Kelantan pada 2027.

Ini adalah peringkat awal bagi kebangkitan rakyat Kelantan terhadap Kerajaan Negeri di bawah
kepimpinan PAS dan episod perhimpunan aman dan matang yang lebih besar akan menyusul lagi nanti.

Rakyat Kelantan kini sudah semakin pandai dalam penilaian mereka dan mereka juga sudah celik mata. Mereka telah mula terhimpit dengan kebosanan dalam hidup dan tidak tertanggung lagi dengan penipuan demi penipuan PAS !!!

Dibawah antara gambar-gambar sepanjang himpunan aman ketidak puasan hati rakyat Kelantan;








Kebangkitan rakyat kelantan untuk kehidupan yang lebih baik !!! Rakyat Kelantan
sedar dan mahu keluar dari belenggu kemunduran dan kedaifan !!!

Kerajaan PAS Kelantan GAGAL !!!

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri " - Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

JANGAN ANGKUH PKR - LU LANGSI LU MATI !

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali : ANGKUH !



Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mencetuskan huru-hara dengan menganjurkan perhimpunan haram menyokong DS AL JUBURI pada 9 Januari ini.

Perancangan itu menunjukkan PKR menganggap keamanan dan keselamatan yang dikecapi negara ini sebagai liabiliti kepada cita-cita politik parti pembangkang tersebut. Walaupun sudah terdapat banyak pihak menyatakan bantahan serta membuat laporan polis bagi menentang perhimpunan haram itu, PKR tetap berdegil untuk meneruskannya.

"Caranya ialah dengan membangkitkan semangat marah, benci, mengapi-apikan orang ramai untuk sama-sama terlibat dalam kegiatan seperti itu (perhimpunan haram),"  dalam kempen Bebaskan Anwar 901.

Azmin dan PKR dilihat angkuh dengan berhasrat mengumpulkan 100,000 penyokong pada hari keputusan kes liwat Anwar itu nanti meskipun pihak polis memberi amaran akan menangkap mana-mana individu yang menyertai perhimpunan haram berkenaan.

PKR jangan terlalu angkuh untuk meneruskan penganjuran perhimpunan haram menyatakan sokongan kepada al Juburi.

Tindakan Pakatan Haram itu jelas tidak menghormati undang-undang dan seolah-olah bertujuan menentang pihak berkuasa termasuk polis dan institusi mahkamah. Tindakan itu menunjukkan mereka telah membuat andaian sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah.

'KERANA MEREKA TAHU , AL JUBURI SEMEMANGNYA BERSALAH DAN TIDAK MAMPU MENAFIKANYA DIMAHKAMAH ... KERANA AZMIN JUGA KUNYIT AL JUBURI'.

Pluralisme : Al Juburi Rosak Aqidah !

Anwar pendukung pluralisme?





 
 



Ismail Mina Ahmad


Seorang sahabat lama yang mengenali DS al Juburi sejak menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.
“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya.

Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.

Dajal

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.
Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.
“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?

Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.
“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.
“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.

Wednesday, January 04, 2012

MAHASEWEL KEPALA PENGAT !

HOT : Pencapaian Akademik Pelajar Terlibat Demo #UPSI Didedahkan...

INI KEPALA PENGAT YANG MENYESATKAN BUDAK-BUDAK UPSI
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di UPSI tempoh hari.

Mereka kata jika pelajar-pelajar ini cemerlang dalam pencapaian akademik mereka walaupun aktif berpolitik memang wajarlah AUKU dimansuhkan.

Jadi saya tunaikan sedikit permintaan pelbagai pihak agar segala persoalan yang bermain di benak fikiran masyarakat di luar sana terjawab.

Kita lihat adakah mereka ini terdiri daripada pelajar cemerlang dalam bidang akademik walaupun mereka aktif dalam aktiviti politik?

Jeng...jeng...jeng...

Kita dedah sikit tengok...


Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun

Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)


Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun

Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan. 
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa




Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.

Kesimpulan :
  • Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA pro-pembangkang yang gagal di IPTA. Tetapi selepas diberhentikan pengajian di IPTA kerajaan Negeri Selangor memberikan mereka 'full scholarship' untuk belajar di IPTS milik kerajaan negeri Selangor.
  • Kerajaan negeri Selangor dikatakan menggunakan mereka untuk menjayakan agenda gerakan politik pembangkang di kalangan pelajar-pelajar junior.

Adakah para mahasiswa di luar sana ingin menjadikan mereka yang GAGAL ini sebagai ikon?

Mereka terbukti telah gagal dalam pengajian disebabkan terlalu gila berpolitik. Sehinggakan diberhentikan pengajian di IPTA dek pencapaian akademik mereka yang tidak memuaskan?

Ada yang bertanya apa motif saya paparkan maklumat serta wajah pelajar yang terlibat demontrasi?

Apa saya boleh katakan tiada sebarang motif kerana mereka ini bukan musuh saya, jika mereka hanya aktif berpolitik di kampus. Saya sama sekali tidak peduli apa mereka mahu lakukan.

Tapi mereka terlibat dalam hal-hal politik negara, jadi suka atau tidak berhadapanlah dengan serangan daripada para pengamal media online yang menyokong kerajaan.

Boleh faham...?

YY : Tak mau kata apa-apa... senyum... :)