Wednesday, October 26, 2011

KISAH HUDUD 1


Kisah Hudud:  PasKelantan ......... kaji ke keji.


Aceh melepasi keghairahan Kelantan dalam melaksanakan hukuman hudud. 

Langkah kerajaan Pas Kelantan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk mengkaji “kemungkinan melaksanakan” Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, atau hukum hudud di negeri itu. Jawatankuasa itu terdiri daripada panel 19 anggota,
selepas Nik Aziz Nik Mat berhempas pulas membangkitkan isu itu (terutamanya menjelang ketibaan pilihan raya umum) sejak 1990-an (kira-kira 20 tahun lalu), baru kini ia mahu dikaji?
Sepatutnya ia hanya menunggu untuk pelaksanaan sahaja dan soal teknikal telah diselesaikan sejak belasan tahun malah puluhan tahun dulu lagi.
Saya dan mungkin jutaan lagi rakyat Malaysia amat hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pembangunan Islam Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah itu.
“Ia (panel itu) akan mengkaji kemungkinan melaksanakan enakmen itu, kerana ia mempunyai pandangan perundangan yang ia (hudud) boleh dijalankan, tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

Sekali lagi PAS kebingungan. Mahu kaji lagi? Mahu cari ruang lagi, mahu mencari syor lagi. Sungguh sedih selepas lebih 20 tahun soal hudud digembar-gemburkan ia masih dalam kajian?
Saya cukup bingung dan keliru. Apakah Nik Aziz mahu membingungkan rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam? Sudahlah Tuan Guru. Cukuplah.
Kajian apa lagi wahai Tuan Guru Nik Aziz? 
Soal hudud ini sudah terlalu lama merayu Nik Aziz cepat-cepatkanlah melaksanakan hukuman hudud itu di Kelantan dan negeri-negeri pakatan pembangkang lain, terutamanya di Pulau Pinang.
Sudah tentu Lim Guan Eng juga akan mengalu-alukan hukum hudud dilaksanakan di negerinya kerana ia boleh menjamin Pulau Pinang bebas daripada jenayah di negeri itu. Lagipun Guan Eng seorang pejuang (advocate) anti jenayah dan moral yang hebat. Beliau juga dianggap kalifah oleh PAS.

Dengan sendirinya tugas polis pun akan lebih ringan dan sekali gus rumah-rumah persundalan dan kelab-kelab GRO akan dapat ditutup. Selangor juga, dikhabarkan sedang menghadapi masalah kebanjiran rumah urut yang semakin bercambah. Ia juga boleh dilaksanakan di Selangor.
Wahai Tuan Guru Nik Aziz marilah kita berdoa supaya pelaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan dengan segera di Kelantan.
Lagipun, Kelantan mencatatkan kes HIV/AIDS yang tertinggi di Malaysia, yang kini sudah mula menjangkiti isteri-isteri pasangan masing-masing.
Bagi Karpal Singh, yang pernah berkata “langkah mayat” dia dulu jika undang-undang dan konsep negara Islam itu mahu diadakan juga perlulah akur. Hormatilah sedikit Nik Aziz yang merupakan orang berpengaruh dalam pakatan.
Bagi negeri-negeri lain pula, perkasakanlah isu-isu ekonomi, muamalat dan munakahat kerana ia akan menjamin kesejahteraan hidup umat Islam.
Apabila perut kenyang dan terhindar daripada kemiskinan maka tiadalah wujud jenayah dan kekufuran yang bukan-bukan.

Saya berharap Nik Aziz, ikhlaslah kali ini. Laksanakanlah segera hudud di Kelantan. Jika boleh luluskanlah cepat. Kami semua sudah penat dengan isu yang tidak habis-habis ini. Jangan biarkan orang lain gelak kepada kita.

Sunday, October 23, 2011

PAS KELDAI PAKATAN RAKYAT


Kisahnya bermula bila si bapa dan anaknya pergi mengembara bersama dengan membawa keldai mereka. Di peringkat awalnya si bapa dan si anak meletakkan barangan di atas keldai tersebut sedang mereka berjalan.
Sampai di sebuah kampung, mereka terdengar suara-suara sumbang berkata “lihatlah bertapa bodohnya mereka berdua, tidak menunggang keldai itu.” Maka si bapa pun menyuruh si anak menaiki keldai tersebut sedang dia sendiri menarik tali keldai itu dan meneruskan perjalanan.
Dalam perjalanan itu mereka telah melalui sebuah kampung yang lain dan sekali lagi terdengar suara mengata mereka. “lihat bertapa teruknya si anak yang membiarkan bapanya yang tua berjalan, sedangkan si anak seronok menaiki keldai!”.
Akhirnya si anak telah meminta si bapa pula menunggang keldai sementara si anak berjalan. Sampai di perkampungan berikutnya, sekali lagi mereka mendengar orang mengata “lihatlah si bapa yang tidak bertanggungjawab membiarkan si anak berjalan sedang dia berseronok menunggang keldai!”.
Maka mereka berhenti dan berbincang dan satu keputusan diambil. Mereka akan menunggang keldai itu bersama-sama dan meneruskan perjalanan. Sangkaan mereka tiada lagi suara sumbang itu muncul apabila melalui perkampungan seterusnya. Tenyata sangkaan mereka salah! Orang kampung masih mengata mereka. Kali ini berbunyi… “lihatlah bertapa teruknya orang itu, sanggup menzalimi keldai!”

Cerita asal by Dato Satim Diman,
Alih bahasa  oleh RamelyNor

Rakyat Puchong Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada TPM


Veteran UMNO Tersentuh Dengan Lawatan Timbalan Perdana Menteri.

Isyaallah SELANGOR akan kembali ke BN.









Kuala Lumpur, 22 Okt- Beberapa anggota veteran UMNO begitu teruja dengan lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kediaman mereka di Kampung Pasir Baharu, Puchong dekat ini hari ini.
Bekas ketua pemuda cawangan Damansara, Harun Rashid, 84 yang menyertai UMNO sejak awal penubuhan parti itu berkata ini merupakan lawatan menteri kabinet yang pertama ke rumahnya.
Harun, yang merupakan antara tiga veteran UMNO yang dilawati Timbalan Perdana Menteri, begitu terharu hingga menitiskan air mata kerana tidak menyangka Muhyiddin sanggup menziarahnya.
Kehadiran pemimpin negara itu sangat istimewa bukan sahaja baginya, malahan bagi seluruh ahli keluarga termasuk anak-anak dan cucu yang begitu teruja, katanya yang mempunyai lapan orang anak dan 32 orang cucu.
Selain Harun, Muhyiddin juga melawat Hussin Harun, 63, dan Alias Mat Akil, 72.
Bagi Hussin, yang menyertai Umno sejak 40 tahun lepas berkata:” Walaupun beliau (Muhyiddin) hanya datang bertanyakan khabar, itu pun sudah cukup bagi saya.”
Sementara Alias yang menyertai UMNO sejak 1964, berkata Muhyiddin yang  melawat ahli veteran sepertinya, terutama mereka yang tiada pangkat, adalah satu  tindakan pemimpin yang berjaya.
Muhyiddin yang menaiki bas bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yng tiba di kampung itu pada 4.50 petang terus menunaikan solat Asar di Masjid Darussalam.
Beliau meluangkan masa hampir setengah jam mengunjungi ketiga-tiga veteran UMNO itu sebelum singgah ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Batu 14, Puchong, di mana beliau mengumumkan pemberian bantuan segera berjumlah RM400,000 untuk membaiki sekolah itu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pemberian itu dibuat atas dasar kerajaan memberi layanan sama rata, dan tidak menganak-tiri mana-mana kaum dalam soal pendidikan kerana pendidikan penting jika negara hendak maju.

Saturday, October 22, 2011

Hudud Pas VS Hudud Kristian


Hudud Pas Boleh Liwat Isteri ........... sama hudud kristian.










Presiden Pas,  Datuk Seri Abdul  Hadi Awang  diminta memberikan penjelasan berhubung undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, khususnya Seksyen 14 Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir, 2002 memerlukan penjelasan 
lebih lanjut sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.

Hj. Hadi yang pada waktu itu sebagai Menteri Besar Terengganu perlu bersuara kerana sebarang kekeliruan mengenai perkara itu akan menimbulkan pelbagai tafsiran di kalangan umat Islam.
“Kalau salah mengaku salah dan minta diperbetulkan dan jika betul sila nyatakan alasannya. Kita tidak mahu undang-undang Islam itu dicemari dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar.
“Hari ini pun telah nampak pelbagai tafsiran diberikan termasuk  undang-undang berkenaan sebagai hudud Pas. Jadi baik Hadi Awang atau pun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan.  Jangan main-main kerana ini adalah hukum Allah,” katanya.
Sidang Dewan Rakyat yang dingin sehari dua ini tiba-tiba jadi panas pada sebelah petang Khamis apabila ahli Parlimen Bebas, Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri.
Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.
Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang ‘panas telinga’ dan menimbulkan kekecohan. Kenapa hendak panas telinga, ini soal hukum jangan sampai persoal oleh umum.
“Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam) Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.
“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki…kita faham lah itu… atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud pas) kata ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna) tidak liwat dalam hudud Pas ini,” kata Zulkifli.
Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya menegaskan jika apa yang dibangkitkan oleh Zulkifli Nordin itu bukan yang muktamad dan sebagainya, Pas perlu kemukakan perkara berkenaan. Bagaimana dikatakan belum muktamat sedangkan sudah digazetkan 2004.
“Jangan hanya sekadar cakap. Tetapi berdasarkan penelitian dan pemahaman saya, apa yang ditunjukkan oleh Zulkifli Nordin itu adalah yang telah digazetkan dan bukannya draf. Justeru kepada pemimpin Pas jangan nak berselindung lagi.
“Kita tidak mahu ianya akan lebih mengelirukan dan bukannya memberi kebaikan kepada umat Islam. Jujurlah kepada agama dan ikhlaslah kepada umat Islam kerana satu hari nanti, kebenaran akan pasti muncul,“ katanya. 

Wednesday, October 19, 2011

Pas Kini Jadi Parti Mayat Hidup !


Takziah… Pas Kini Jadi Parti Mayat Hidup Kerana 

Kilauan Putrajaya ...............












Al-Faatihah!!! Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un dan takziah atas pengesahan kematian perjuangan Islam Pas (kononnya) setelah mesyuarat Pas pusat malam semalam membuat keputusan tidak akan menyertai dan tidak menyokong Himpunan Sejuta Umat anjuran bersama pelbagai NGO Islam dan umat Islam di Malaysia yang prihatin dengan gejala murtad dan serangan terhadap aqidah dan institusi umat Islam di Malaysia.
Sebaliknya Pas lebih rela, redho dan syok bersekongkol dengan kaafir la’natullah dalam himpunan haram 9 Julai dan menjadikan kafir la’natullah sebagai rakan-kongkol dan kalipah himpunan haram itu.
Alasan yang diberi kaum Anwarinas cukup mudah. Mereka putarbelitkan konon penganjur yang tidak mahu parti politik terlibat. Sedangkan penganjur langsung tidak menghalang mana-mana parti politik untuk hadir.
Malahan kalau dilihat senarai awal, Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda Pas Pusat disenaraikan sebagai turut menyokong Himpunan Sejuta Umat ini. Kalau ya pun tak mahu hadir sebagai parti, kerana apa Pas tidak buat kenyataan menyeru ahlinya hadir sebagai individu.
Malahan arahan dikeluarkan kepada Dewan Pemuda Pas yang pada awalnya bersetuju hadir supaya mematuhi keputusan Pas pusat untuk tidak hadir! Bukankah ini sandiwara politik sahaja!
Kalau begitu, atas alasan apa Pas boleh buat keputusan bukan sahaja menyokong, malah berkempen siap dengan patwa menghalalkan himpunan haram 9 Julai. Sedangkan ianya himpunan haram yang dianjurkan jugak oleh NGO yang kebanyakannya kafir?
Begitu juga atas alasan apa Pas menolak menyertai himpunan yang diketuai oleh orang Islam, NGO Islam dan umat Islam? Sedangkan Pas rela, redho dan begitu ghairah menyertai himpunan haram yang diketuai oleh kafir harbi la’natullah yang disokong oleh NGO kafir harbi la’natullah saperti Bar Council?
Dan ada segelintir kaum Anwarinas menaburkan fitnah kononnya himpunan umat Islam ini didalangi oleh golongan tertentu untuk kepentingan politik. Siap ada yang fitnah dan tohmah konon teman sebenarnya dalang himpunan ini, walhal teman bukannya penganjur, walaupun teman menyokong penuh himpunan ini dan insyallah akan hadir bersama umat Islam nanti.
Kalau kaum Anwarinas boleh mempertikai niat ikhlas umat Islam mahu mempertahankan Islam serta institusinya, mengapa mereka langsung tidak mempertikaikan niat sebenar kaum kafir la’natullah yang mahu mengadakan himpunan haram 9 Julai.
Kalau kaum Anwarinas boleh mempertikai niat ikhlas umat Islam mahu mempertahankan Islam serta institusinya, mengapa mereka langsung tidak mempertikaikan niat sebenar kaum kafir la’natullah yang mahu mengadakan himpunan haram 9 Julai.
Langsung sepatah haram pun Pas tak pertikai, malah beriya-iya bersekongkol dengan mereka. Sedangkan terdapat bukti dan keterangan bahawa himpunan haram itu mempunyai agenda jahat mahu menjatuhkan kerajaan secara haram!
Dan dengan penuh bangga penganut fahaman pluralisma Anwar Ibrahim berkokok menyokong kebaculan dan kedayusan Pas untuk bersama umat Islam dalam Himpunan Sejuta Umat ini.
Mana mungkin seorang penganut fahaman pluralisma mahu menyokong kesatuan umat Islam, sedangkan dia mempercayai semua agama sama!
Sebab itu, teman ucapkan takziah kepada kematian perjuangan Pas. Pas berjaya diperkudakan kaum Anwarinas sehingga menjadi hamPas! Jangan kata nak laksana hudud, nak bersama umat Islam bersatu sebagai satu ukhwah perpaduan saperti yang diperintahkan ALLAH pun mereka tidak mampu sekarang.
Pada teman, ahli-ahli akar umbi Pas harus sedar bahawa Pas sebenarnya sudah mati.
Pas sekarang tidak lebih daripada sebuah parti mayat hidup yang dengan penuh kesedaran dan redho meninggalkan perjuangan Islam dan bersekongkol dengan kafir harbi hanya untuk mencapai matlamat menduduki kerusi kekuasaan politik.
Pas menjadi tidak lebih sebagai sebuah himpunan para politikus kalkatus yang terpedaya dengan kepalsuan cahaya mahkota Putrajaya sehingga akhirnya cahaya palsu itulah yang akan, dan sebenarnya telah pun membunuh dan mematikan Pas.
Sedarlah wahai saudara yang masih terpedaya dengan kepimpinan yang sudah sesat lagi menyesatkan ini. Kembalilah kepangkal jalan. Baliklah kepada Islam.
Kita punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat-marilah kita hidup dan mati sebagai Satu Umat yang bertuhankan hanya ALLAH Yang Satu!
ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!
Zulkifli Noordin (Penulis Merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru)

JOM SOKONG PAKATAN ROSAKAN MELAYU !

Bila Kuasa Tiada Lagi .... Siapa boleh bela Melayu dan Islam ?
SEBAHAGIAN penduduk membantah MPAJ meluluskan pembinaan kondominium di Taman Nirwana, Ampang.
Menyesal air mata darah tiada guna lagi, bila dengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan.....
 
AMPANG: Penduduk di sekitar Taman Nirwana Fasa 1, 2 dan 3 dan Kampung Pandan Dalam merayu hak mereka sebagai penduduk tidak dianaktirikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pemaju dalam membangunkan sebuah projek kondominium berhampiran kawasan kejiranan mereka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Pandan Dalam, Ismail Majid, berkata pembinaan dua blok kondominium 16 tingkat itu hanya akan menambah kesesakan, terutama di Jalan Nirwana 38 dan 39 yang sudah sedia sesak, termasuk dikhuatiri mengganggu penghuni di jalan berkenaan sebaik projek itu siap kelak.
Bagi memastikan masalah kesesakan tidak bertambah kronik, penduduk mencadangkan pemaju tidak membina bangunan tinggi, sebaliknya membina kediaman empat hingga lima tingkat, selain memastikan kawasan perumahan itu dianjakkan sehingga 20 meter dari arah Jalan 38 supaya tidak mengganggu laluan sedia ada.
Jalan Nirwana 38 dan 39 yang terletak di depan kondominium yang bakal dibina itu adalah laluan keluar utama memasuki Lebuh Raya Lingkaran Kedua (MRR 2) melalui Kampung Pandan ke Sungai Besi dan ke Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke) oleh penduduk di tiga taman perumahan di sini iaitu Taman Nirwarna Fasa 1, Fasa 2 dan 3, Taman Angsana, Ampang Putra dan Kampung Pandan Dalam.

Jika kondominium ini siap kelak, pasti menambah kesesakan sedia ada dan mengganggu keselesaan penduduk, terutama yang tinggal di jalan berkenaan. Kita dimaklumkan MPAJ, penghuni kondominium itu akan diberi dua petak parkir tetapi kita khuatir tetamu yang mengunjungi kondominium itu akan meletakkan kereta di bahu jalan berdepan perumahan penduduk, katanya.

Beliau dihubungi selepas mengadakan perhimpunan secara aman bersama 300 penduduk lain bagi membantah pembinaan kondominium berkenaan daripada diteruskan. Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Nirwana Fasa 2, Mohamad Suhaimi Ismail.

Ismail mendakwa, MPAJ juga tidak bersemuka atau berbincang dengan penduduk setempat sebelum meluluskan projek pembinaan kondominium 16 tingkat itu, malah gagal mempamerkan sebarang notis bagi memaklumkan penduduk mengenai pembinaan berkenaan.
Sebelum ini, sudah dua kali perjumpaan diadakan dengan MPAJ termasuk terbaru pada Jun lalu dan MPAJ berjanji menjalankan kajian selama enam bulan sebelum pembinaan diteruskan. Bagaimanapun, nampaknya ia gagal dipenuhi apabila pembinaan kondominium ini masih diteruskan, katanya.

Dalam kenyataan semalam, MPAJ tiada peruntukan undang-undang boleh digunakan bagi menghalang pemaju membangunkan tanah mereka.... Yang meluluskan siapa ?
MPAJ menerima permohonan Kebenaran Merancang daripada Tetuan Sri Seltra Sdn Bhd, bagi membangunkan kompleks perniagaan atau pangsapuri perkhidmatan dan kedai pejabat mengikut syarat nyata, dua tahun lalu.

Selepas Kebenaran Merancang diperoleh, masih ada penduduk tidak berkepentingan meminta MPAJ mengadakan sesi penerangan, selain mengambil tindakan terhadap isu dibantah penduduk dan perkara itu dipersetujui, malah pemaju turut membuat pindaan mengikut dasar serta garis panduan ditetapkan.

Sunday, October 16, 2011

AUTA !


Pakatan Rasis, Pakar Putar Belit ............

Pembangkang suka menyalahkan kerajaan dalam semua perkara termasuk apa yang tidak dilakukannya, sebagai contoh, menuduh kerajaan menipu dalam sistem daftar pemilih.
Pembangkang memang pakar putar belit yang suka memanipulasi sesuatu isu untuk keuntungan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Mereka suka mengatakan Barisan Nasional (BN) memanipulasi daftar pemilih. Kenapa dia tak persoal (kemenangan DAP) di Pulau Pinang.
“Jika kita mahu memanipulasi daftar pemilih, adakah anda fikir kita akan membiarkan mereka menawan Pulau Pinang atau Selangor?
Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau akan membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan BN ialah sebuah kerajaan yang berkhidmat dan mengotakan janji.
“Kita kena buktikan bila kita cakap transformasi, kita lebih baik daripada reformasi,” katanya.
Katanya, beliau juga komited untuk merealisasikan semua program transformasi yang dilaksanakan bagi membawa Malaysia ke arah status negara berpendapatan tinggi.
Katanya, rakyat juga mulai melihat agenda-agenda transformasi yang dilakukan kerajaan mula membuahkan hasil yang memanfaatkan mereka.
“Saya percaya BN hari ini mendapat sambutan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Rakyat mula dapat lihat perubahan yang dijalankan.
“Sebagai pemimpin anda, saya akan penuhi permintaan rakyat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, Najib ditanya mengenai dakwaan pembangkang bahawa dua akta yang bakal digubal untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), juga akan menyerupai akta yang telah dimansuhkan itu.
“Tunggu, kita akan buktikan mereka salah,” katanya.