Sunday, October 16, 2011

FANATIK !


Jangan Fanatik… Sebut Hudud Pada Musim Cari Undi Sahaja.................


Masalah hudud di Malaysia tidak akan pernah selesai kerana faktor terbesar menghalang keputusan akal jernih berkaitan hal tersebut adalah sentimen lama kepartian Pas. Sifat saling benci-membenci yang ditanam oleh pimpinan tertinggi ‘orang lama’ parti akhirnya merugikan umat Islam dalam negara Malaysia sendiri.
Hukum hudud adalah undang-undang Allah yang tidak mungkin ditolak atau dikatakan tidak sesuai dilaksanakan pada zaman ini kerana apa yang diciptakan Allah itu selalu ada maknanya dan Allah SWT Maha mengetahui segala sesuatu.
Al Quran dan hadits adalah pegangan kita umat Islam dan semua yang terkandung di dalamnya kekal relevan sepanjang masa hingga ke akhir zaman. Apa yang penting adalah musyawarah bagaimana cara perlaksanaanya di Malaysia agar tidak kaku kerana agama Islam bukanlah suatu agama yang kaku dan tidak pernah menyulitkan umatnya.
Pelaksanaan hudud di Malaysia sudah tentu suatu yang tidak mustahil tetapi perbincangan yang baik tentang cara perlaksanaannya di negara majmuk yang penduduknya berbilang agama, budaya dan latar belakang ini perlulah terlebih dahulu diadakan.
Status Islam sebagai agama rasmi Malaysia tidak boleh sama sekali dipersoalkan kerana Islam sudah bertapak di Malaysia sejak sekian lama dan menjadi pegangan rakyat jelata sejak itu.
Penemuan batu bersurat Terengganu yang dibuktikan secara saintifik bertarikh sekitar tahun 1302 menunjukkan bahawa agama Islam sudah sampai ke tanah semenanjung jauh sebelum Parameswara memulakan kesultanan Melayu Melaka (1402).
Sejak itu, Islam telah didakwahkan melalui pemerintahan yang ada ke seluruh wilayah pemerintahan dengan adil dan hal ini kekal dan terus berkembang membanggakan hingga hari ini.
Malaysia kini adalah antara pemimpin dunia Islam di dunia. Malaysia bukan sahaja antara pengaruh besar dalam OIC, Malaysia juga menjadi antara role-model negara Islam oleh banyak pihak.
Mendapatkan jawapan tentang cara pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia dan pada masa yang sama diterima oleh semua pihak pelbagai agama dan latar belakang mungkin bakal merupakan kesinambungan dari kejayaan dakwah melalui pemerintahan yang telah tercapai selama ini.
Walau bagaimanapun apa yang menyedihkan adalah, undang-undang Allah ini tidak akan mungkin terlaksana jika orang Islam hanya fanatik berpolitik dan memilih menyebut hudud pada masa-masa tertentu sahaja demi meraih undi.
Laksanakanlah apa yang terbaik demi mendapatkan keberkatan Allah SWT untuk negara tercinta Malaysia. Mari kita bermusyawarah, meninggalkan sentimen lama demi mendapatkan jawapan dan mengharmonikan hubungan sesama kita.
Ingatlah, jangan kerana seteru sentimen lama akhirnya ‘makan diri’ sendiri dan berkesudahan tergadai agama dan bangsa.
Mari kita sama-sama berfikir rasional dan berhemah, tingalkan sengketa dan saling memaafkan supaya kita boleh berfikir jernih. “Sungguh, orang-orang yang membenci, dialah yang terputus (rahmat Allah)”- Al Kausar.

Thursday, October 13, 2011

MELAYU AKAN TERHAPUS IDENTITI !!!

Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi................

Golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.
Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.
"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.
"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya.

Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.
Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.
"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.

Wednesday, October 12, 2011

GELOMBE MERAH ... BANGKIT ATAS PENIPUAN PAS 17 TH !!!

Sokongan rakyat Kelantan kepada UMNO meningkat.............

12/10/2011 11:08am
Rakyat Kelantan khususnya pengikut Pas yang dahulunya menolak UMNO kini secara terus terang menzahirkan sokongan kepada UMNO, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, selain menghadiri program anjuran UMNO, ramai penyokong Pas pada masa yang sama telah menyertai UMNO.
"Saya sangat gembira dengan keadaan ini...jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.
"Ribuan penyokong Pas pula telah menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih,” katanya pada program Selamat Tinggal Pas di Kampung Kusial Baharu di sini malam tadi.
Pada majlis itu, 300 penyokong tegar Pas menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Mustapa yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, penyokong Pas bertindak menyertai UMNO kerana kecewa dengan konflik yang berlaku dalam Pas terutama isu hudud ketika ini.
"Rakyat Kelantan sudah tahu Pas itu siapa dan telah gagal membawa Kelantan dan rakyatnya ke satu kedudukan yang lebih baik,” katanya.
Bekas setiausaha Pas Kampung Kusial Baharu, Zahari Hamat, 46, berkata, tindakan beliau dan yang lain meninggalkan Pas ialah kerana mereka kecewa dengan segala penipuan licik parti itu yang sebenarnya tidak lagi boleh dianggap pembela rakyat.
"Saya sudah lama dalam Pas, apa yang kami dapat ialah pembohongan demi pembohongan dan sebab itu kami semua berpendapat UMNO-lah tempat sewajarnya kami berada,” katanya.
Rakannya, Kamaruddin Abdul Halim, 48, meminta penyokong Pas yang lain agar menyertai UMNO yang jelas mempunyai arah tuju perjuangan.
Katanya niat ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu rakyat jelas dilihat dalam Belanjawan 2012 yang diumumkannya baru-baru ini.
"Banyak bantuan yang kami dapat dan sebab itu kami berfikir Pas tidak akan mampu berbuat seperti ini. Pas tidak ada kerja lain hanya berpolitik 24 jam,” katanya. - Bernama

Tuesday, October 11, 2011

Pakatan Haram 1Masjid 1Gereja

Sultan amat tersinggung ..................... !!!!!!


Perlanggaran hak disengajakan... di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu mendapati berlaku cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri ini.
Kenyataan penuh Sultan Sharafuddin Idris Shah:-
Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis 'Thanksgiving Dinner' yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain.
Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni.
Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan.
Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam.
Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.
Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan.
Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.
Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

Peringatan: ini satu lagi percubaan DAP mengganggu gugat Perlembagaan Negara . Disokong pula oleh Melayu bengap, bodoh lagi gila babi, sanggup gadai maruah ugama saperti Khalid Gereja dan Khalid Gagap.

HALO BULAN !

Kejadian 'halo bulan' berlaku lima kali sebulan.........???


Halo Bulan .. Cahaya kristal bukan kuning ........ ha !
Kejadian halo bulan yang menunjukkan bulan seperti dikelilingi cincin ekoran pembiasan cahaya dapat dilihat di sekitar Lembah Klang malam semalam.
Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira lima kali sebulan bergantung kepada keadaan cuaca. Fenomena ini juga berlaku pada matahari iaitu yang dipanggil halo matahari.
"Halo berlaku apabila cahaya bulan atau matahari terpancar melalui kristal ais yang terdapat pada awan jenis sirus dan menyebabkan berlakunya pembiasan cahaya.
"Pembiasan tersebut akan menghasilkan warna pelangi dan kelihatan bentuk cincin yang dipanggil halo. Semalam kejadian ini juga boleh dilihat di Langkawi," katanya. 
Karzaman berkata, halo dengan warna pelangi akan kelihatan jelas bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera dan pancaran cahaya bulan ataupun matahari.
Menurutnya, halo bulan yang berlaku semalam juga mungkin disebabkan keadaan yang berawan pada masa ini.

Monday, October 03, 2011

HUKUM HUDUD PERLU TAFSIRAN !


Dr Asri: Kuat kuasa hukum hudud perlukan tafsiran baru.
hudud di Malaysia2 Adakah Pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia Menjadi Realiti Atau Impian Semata?Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkatapelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat. “Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan sunah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat,” kata beliau.
Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini, kata beliau sambil menambah, “cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan.” “Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira,” kata beliau lagi. Katanya, ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.
“Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir,” kata beliau lagi. Jelas
beliau, hukuman rejam pula patut mengambil kira pandangan yang memasukkannya di bawah takzir bererti pemerintah boleh meminda dan menukar atau membatalkannya.
Di samping tafsiran ihsan itu hendaklah disempitkan kepada maksud lelaki ataupun perempuan yang masih berkahwin bukan yang pernah berkahwin, kata Asri dalam kertas kerja pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru hari ini. Kelantan kerajaan pimpinan PAS bercadang untuk melaksanakan hukum hudud selepas menerajui negeri itu pada 1990.
“Ini kerana pengkhianatan kepada pasangan dan keluarga sesuatu yang amat buruk. Di samping takzir, hukuman rejam mempunyai suasana zaman yang berbeza, itupun perlu diambil kira dalam membahaskannya,” kata beliau lagi. Asri menambah, jika suasana kondusif, perubahan zaman dan tempat diambil kira dalam pelaksanaan hukuman, maka akan didapati hudud mencapai matlamat pencegahan, pendidikan dan dalam masa yang sama menonjolkan keindahan hukuman tersebut.
“Jika tidak, hukuman itu akan membawa fitnah dan salah sangka terhadap Islam. Saya selalu sebutkan hudud bagaikan wanita yang baik, ia akan indah jika bersuamikan lelaki yang baik. Namun keindahannya akan hilang jiwa berada di bawah suami yang fasik dan rosak,” kata tokoh agama yang dilihat progresif ini.
Dalam kertas kerja itu, Asri juga berkata menggambarkan negara Islam atau ‘design’ negara yang diperintah oleh Allah dan rasul- Nya sebagai negara hudud adalah gambaran tidak tepat. Oleh itu kata beliau, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam kerana asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan Sunah. “Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat.
“Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat,” kata beliau. Katanya, penafsiran perkataan ‘makruf’ dan ‘munkar’ hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum dan kenegaraan secara khususnya. Oleh itu katanya, keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum. “Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa. “Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa,” kata beliau sambil menambah, “kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga.”
Malah katanya, kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat atas kebaikan itu dengan rakyat mendoakan pemerintah, pemerintah mendoakan rakyat. “Suasana cinta dan kasih tersebar secara meluas,” katanya. Asri juga berkata, pelaksanaan hudud hendaklah mengambil kira persoalan suasana hudud itu dilaksanakan kerana suasana yang tidak kondusif akan menyebabkan kesan negatif kepada pelaksanaan sesuatu hukuman. “Ini kerana Nabi s.a.w sendiri mengambil kira persoalan ini,” katanya.
Katanya ia bermakna pelaksanaan hudud yang membawa kepada umat Islam lari atau salahfaham terhadap Islam, atau Islam ditohmah dengan tuduhan liar sehingga menggugat keimanan umat Islam yang lain patut dielakkan. “Hari ini suasana berubah, media massa sering digunakkan untuk memberikan imej yang salah mengenai Islam. Persediaan ke arah menangani hal itu juga amat penting,” katanya. Katanya, Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda.
“Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang. “Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suasana kebajikan; bantu-membantu, tolong-menolong antara masyarakat yang kukuh,” kata beliau sambil menambah, “jaminan hak rakyat yang diberikan iaitu berkaitan dengan suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya.”
“Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram. “Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum; pertama kerana dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah,” kata beliau.
Malah menurut Asri, perjuangan penting pada hari ini ialah mewujudkan suasana yang kondusif sebelum sesuatu undang-undang ini dilaksanakan.

Sunday, October 02, 2011

NEGARA KEBAJIKAN AKAN MEMBAWA KITA KE SYURGA !


Nik Aziz mahu teruskan hudud .... Bukan PAS !




SEBAHAGIAN daripada kepimpinan .



Pas masih berharap untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Kenapa PRU 13 tidak sekarang di Kelantan.

Pok Nik berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan masyarakat bukan Islam seharusnya tidak perlu risau. Nik Aziz begitu taksub dengan gelaran Mursyidul ini, beliau buat sendiri keputusan sehingga beliau lupa siapa PRESIDEN PAS.
"Pelaksanaan hukum hudud adalah untuk Negara Islam, bukan NEGARA KEBAJIKAN !!!
"Ia dilakukan di mahkamah syariah dan bukan mahkamah sivil untuk semua rakyat di negara ini,


Kenapa hanya kepada orang Islam sahaja, hukum Allah adakah untuk orang Islam sahaja. 
Kalau ikhlas buat saja jangan fikir; takut Allah atau takut sesama manusia. Kenapa tidak kepada semua manusia dimuka bumi ini, Ini satu lagi pembohongan yang berlaku dalam ungkapan yang dikatakan 'ular semak' .  Adakah Nik Aziz begitu takut kepada bukan Islam di negara ini, Apa berlaku dengan kes Sodomi, Murtad, Pelacuran yang berleluasa di SELANGOR, Penagihan DADAH dan AIDS di KELANTAN Pas macam buta mata sahaja.

Mangsa Pas .. keatas orang ikhlas menegak Islam


INI BUKAN SOAL HUKUM HUDUD, INI SOAL POLITIK PAS INGIN MENANG PILIHANRAYA PRU13, SEKALI LAGI BELIAU INGIN MENIPU UMMAH DAN ISLAM NEGARA INI.

MEREKA AKAN LACUR APA SAJA  DEMI KUASA .... KAJI SIAPA MEREKA DI SEBALIK  KETAYAP/ TUDUNG LINGKUP PEMIMPIN INI SEBELUM KITA PERCAYA !